ARKIB

KATEGORI

Buletin

Motul umum ketibaan rasminya ke pasaran Malaysia

Berita Tempatan

Views

Sejak lebih tiga dekad lalu, Motul Malaysia telah memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam sektor automotif di negara ini.

Ditubuhkan pada tahun 1853, Motul sinonim dengan inovasi dan kecemerlangannya dalam teknologi pelincir sejak dahulu lagi.

Legasi jenama memiliki sejarah yang berprestij dalam arena sukan permotoran dan perlumbaan, selain kerjasama strategik bersama pasukan-pasukan yang popular dalam pelbagai acara perlumbaan terkemuka di seluruh dunia.

Jenama ini terus memberi tumpuan kepada usaha penyelidikan dan pembangunan bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan yang unik. Baru-baru ini, Motul telah dinamakan sebagai penaja bagi temasya permotoran “2024 Sepang 12 Hours“.

Pengurus Motul Malaysia dan Brunei, Ravi Shankar, berkata pihaknya berbangga untuk mengumumkan ketibaan Motul secara rasmi ke pasaran Malaysia, menerusi usaha sama strategik syarikat dengan para pengedar rasmi di serata negara.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Antara rakan utama yang setia bersama Motul selama ini adalah, syarikat High N Lubricant Sdn Bhd (HIGH N) yang diterajui oleh Ti Chin Hwee.

Selama 30 tahun, kerjasama ini telah berjaya membina ekuiti jenama Motul, bersama-sama berkongsi komitmen untuk membekalkan produk-produk berprestasi tinggi buat para pengguna.

Ketika ini, HIGH N merupakan satu-satunya pengedar makro bagi produk-produk motorsikal Motul di Malaysia.

Motul Malaysia turut menjalinkan kolaborasi strategik dengan rakan-rakan pengedar yang merentasi rantau-rantau utama di Malaysia.

Jaringan ini adalah penting bagi mengukuhkan kedudukan Motul di Malaysia, serta untuk melebarkan sayap perniagaannya dengan membekalkan akses kepada produk-produk keluaran Motul di seluruh negara.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berikut adalah rakan-rakan pengedar Motul Malaysia bagi segmen automotif:

  • Kai Shen Marketing Sdn Bhd; rantau Tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka)
  • Mr. Lubricant Sdn Bhd; rantau Utara dan Pantai Timur (Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang)
  • Absolute Top Power Sdn Bhd; rantau Selatan (Johor)
  • Kai Shen Marketing (EM) Sdn Bhd; Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak)

Tambah Ravi, rakan-rakan pengedar tempatan telah dipilih dengan teliti, dan berharap untuk menarik lebih ramai lagi rakan-rakan yang berkongsi nilai inovasi dan prinsip dalam mengutamakan pelanggan seperti Motul Malaysia.

Jenama ini juga akan terus kekal komited terhadap aspek inovasi, kualiti, dan kelestarian. Inisiatif-inisiatif masa depan merangkumi usaha dalam memajukan solusi pelincir mesra alam untuk pasaran automotif Malaysia, serta meneruskan komitmennya terhadap komuniti tempatan.

Salah satu fokus inisiatif komuniti adalah Kempen Ganjaran Tunai Pengguna Akhir yang sedang berlangsung sehingga 30 April 2024. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman Facebook Motul Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply