Beberapa keping foto model produksi Perdana sedang berhenti untuk mengisi minyak telah dimuat naik ke laman Facebook Aab Zar MY . Unit ujian Perdana 2016 kali ini menggunakan unit produksi sebenar dan kelihatan lebih jelas rupa keseluruhannya walaupun masih penuh dengan pelekat penyamaran. Lokasi penemuan model tersebut tidak dinyatakan.
Melalui foto terbaharu ini kita dapat melihat lampu hadapannya mempunyai lampu nyalaan siang LED di bahagian atas yang seolah-olah membentuk kening model tersebut. Proton telah merekabentuk semula model Perdana ini supaya berbeza dengan model asalnya iaitu Honda Accord generasi kelapan dan akan berkongsi enjin dan transmisi pada peringkat awal. Mulai 2017, Proton akan mula memasang enjin Petronas NE01 berkapasiti 2.0 liter pada model ini. Kami difahamkan pelancaran rasmi model ini akan dibuat pada bulan Mac nanti.
Semalam wakil kami telah berkesempatan untuk memandu uji model Perdana baharu ini dan juga Persona R. Untuk mengetahui apa ulasan awal mengenai kedua-dua model ini teruskan kesetiaan anda bersama funtasticko.net! Tunggu!
i beg proton to do something ,,,
iriz 1.3 model has 4 lock nuts on 5 spoke wheel design, looks messy
http://kereta.info/wp-content/uploads/2014/10/wpid-proton-iriz-1.3-1.6-standard-executive-premium-body-kit-bumper-sport-rim-interior-dashboard-meter-exterior.jpg1.jpeg
Tak sabar nak tengok.
memang chun, belakang dia nampak elegant dengan fastback design
Team sabotage says
Tipikal cakap orang dengki proton
Made by proton =loser