ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian smart #3 dah tiba di Malaysia, bakal dilancar tahun ini ke?

Foto Intip

Views

Nampaknya Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) sudah siap sedia untuk membawa masuk model keduanya, selepas smart #1 mendapat sambutan yang cukup luar biasa.

Kelibat dua unit ujian smart #3 dengan jejalur pelekat dengan kombinasi warna kelabu, hitam, putih dan kuning telah berjaya dikesan oleh seorang rakan pembaca yang enggan didedahkan identitinya hari ini.

Model yang dirakam di dalam sebuah premis itu (nampak macam COE je), dilihat masih belum memakai sebarang plat perdagangan, dengan salah satunya sedang dicas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berkemungkinan besar ia baharu sahaja tiba dan akan memulakan sesi ujian jalan raya tidak lama lagi. Jika anda perasan, kedua-dua unit ini menggunakan rekaan rim yang berbeza, berkemungkinan besar akan ada versi BRABUS.

April tahun lalu ahli pengurusan kanan Proton telah ‘berkampung’ di Auto Shanghai 2023 bagi menyaksikan pelancaran global smart #3.

Model yang dibina dari pelantar Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA) mempunyai ukuran dimensi 4,400 mm panjang, 1,844 mm lebar dan 1,556 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya 2,785 mm.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Varian asasnya dijana oleh motor elektrik berkuasa 200 kW (272 kuasa kudapacuan-roda belakang yang dihasilkan oleh Viridi E-mobility Technology Company, yang dimiliki oleh Kumpulan Geely.

Versi pacuan-semua rodanya pula dilengkapi dengan dua motor elektrik dengan gabungan kuasa 315 kW (428 kuasa kuda).

Setakat ini belum ada sebarang info bilakah smart #3 akan dilancarkan di Malaysia dan mungkin model ini akan dipasang secara tempatan (CKD) di Tanjung Malim pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pembaca Misteri

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply