ARKIB

KATEGORI

Tular

Vellfire kena tarik, gaji RM10k pun tak mampu nak bayar

Tular

Views
@aien_surayabelum mampu lagi 🥲🥲🥲♬ bunyi asal – hilang

Seorang usahawan yang dikenali sebagai Ain Suraya meluahkan rasa menyesal apabila terlalu mengikut kemahuan diri untuk memiliki kereta mewah sehingga tidak mampu melunaskan bayaran bulanan yang tinggi.

Ain menerusi satu perkongsian video di TikTok miliknya kelmarin memaklumkan, meskipun memperoleh pendapatan RM10,000 sebulan, dia masih tidak mampu membayar pinjaman bulanan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire itu sebanyak RM3,000.

“Itulah silap Ain ingatkan gaji RM10,000 dah cukup nak pakai ‘gajah’ (Vellfire) ini. Rupanya sampai masa terbeban nak bayar RM3,000 sebulan,” katanya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Sehubungan itu, Ain juga menyedari dirinya sebenarnya telah tersilap langkah selain menasihati pengikutnya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Mula-mula memang rasa mampu sebab tengah dilamun cinta. Percayalah sampai masa kita akan rasa benda ini tak perlu puk sebenarnya kerana cukup ada kenderaan yang selesa dan sampai ke destinasi.

“Belum mampu lagi. Dengar nasihat Ain ini supaya tak terjerat dengan hutang,” pesannya. Menerusi video yang dimuat naik usahawan itu, memaparkan kereta mewah miliknya dipercayai ditarik oleh sebuah trak tunda di pekarangan rumahnya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dalam pada itu, perkongsian Ain ternyata mendapat perhatian ramai apabila videonya berjaya memperoleh 1.1 juta tontonan dan hampir 20,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna lain menceritakan pengalaman peribadi mereka berhubung soal pembelian kereta berdasarkan kemampuan masing-masing.

“Saya pakai kereta Proton sahaja. Sebab saya nak makan sedap-sedap setiap hari,” kongsi Nuzian.

“Saya pakai Perodua Alza, masa itu fikir nak ambil kereta lain tapi RM1,100 bulanan. Jadi saya ambil keputusan untuk ambil Alza sahaja. Memang kena kecam, tapi kami yang bayar tiap-tiap tahun,” kata @hakak cayang. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply