ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Vento Turbocharged Tour bakal gegar seluruh negara

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan mengadakan siri jelajah “Vento Turbocharged Tour” di 11 lokasi terpilih di seluruh negara. Jelajah ini akan memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai kuasa enjin berpengecas turbo Vento selain diberi pengetahuan mengenai keselamatan asas kenderaan dan kemahiran memandu. Ini termasuklah cara duduk dan posisi stereng yang betul, brek kecemasan, kemahiran memandu secara berhemah dan kursus slalom. Selain itu orang ramai juga boleh mengambil bahagian dalam demonstrasi lagak ngeri.

Volkswagen Vento didatangkan dengan enjin berpengecas turbo pancitan terus 1.2l TSI yang digandingkan bersama transmisi automatik tujuh-kelajuan DSG. Dengan daya kilas yang tertinggi dalam kelasnya, Vento menawarkan prestasi pemanduan terunggul yang bakal memberikan keterujaan kepada pengunjung. Vento juga mendapat pengiktirafan 5-bintang dari ASEAN NCAP untuk ciri ciri keselamatan termasuklah Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) yang boleh diuji oleh para pengunjung semasa acara berlangsung.

Pengunjung juga boleh memandu uji pelbagai model Volkswagen yang lain dan menikmati tawaran istimewa semasa membuat tempahan di acara tersebut. Jelajah “Vento Turbocharged Tour” adalah percuma dan aktiviti pemanduan adalah terbuka kepada mereka yang mempunyai lesen memandu yang sah. Butiran mengenai tiga lokasi pertama adalah seperti berikut:

Hari/MasaLokasi
18 – 19 Mac

(10.00 pagi – 7.00 malam)

Aeon Bukit Tinggi, Klang
13 – 14 Mei

(10.00 pagi – 7.00 malam)

Mydin Ayer Keroh, Malacca
29 – 30 Julai

(10.00 pagi – 7.00 malam)

Stadium Darul Makmur, Kuantan

KLIK UNTUK BESARKAN

Vento L-00462 whatsapp R3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply