ARKIB

KATEGORI

Buletin

Konvoi kelab kereta Malaysia tawan Koh Samui

Views

Artikel oleh oleh Mazlan Shahdan

Pada 2 hingga 5 Mac 2017 yang lalu, gsrforumnet bersama rakan kelab kelab permotoran lain telah mengadakan konvoi jelajah ke negara Gajah Putih, Thailand. Ini adalah kali yang ke-3 konvoi menjelajah ke Thailand dan Koh Samui 2017 telah dipilih sebagai sebagai destinasi dengan penyertaan seramai 273 orang peserta dan 100 buah kenderaan.

Antara kelab kelab yang mengambil bahagian dalam konvoi kali ini ialah WOCC, WOCM, SIC, MWCM, PWC, WPCM, WA PC, SMOOC, SMC, ITC, GOT BOOSTING, MLC, MAXOC, SAGAT dan beberapa komuniti lain. Kerjasama dari pihak Marshall Thailand yang diketuai oleh Abang Din, pihak Tourism Thailand, Kun Rangsit, Jittima Chaipong, Tentera dan Polis Lebuhraya Thailand amatlah membantu demi memastikan kelancaran konvoi semasa di Thailand.

Konvoi bermula di stesen minyak hentian Rehat dan Rawat, Rawang di mana rakan yang menyertai konvoi dari selatan tanah air dan Lembah Klang berkumpul jam 12.00 tengah malam sebelum bergerak bersama ke Bukit Kayu Hitam, Kedah pada pagi itu juga. Jam 7.30 pagi di RTC Napuh, Changloon, semua perserta konvoi bersarapan sambil diberi sesi penerangan mengenai dokumentasi dan pasport, serta tata cara panduan di negara Thailand.

17157620_1791716744187156_6259593591052964852_o

Sekitar jam 8.30 pagi konvoi sudah berada di Dannok Sadao, Thailand. Para peserta konvoi menginap di hotel Dannok Sadao untuk merehatkan badan serta mengambalikan tenaga sebelum meneruskan perjalanan ke Koh Samui. Konvoi sampai di jeti feri Seatran Donsak jam 7.30 pagi, menaiki feri sejam berikutnya dan mengharungi perjalanan selama dua jam sebelum tiba di Koh Samui Hotel jam 10.30 pagi.

Aktiviti hari pertama, peserta hanya berehat di hotel dan selepas solat jumaat peserta dibawa melawat sekitar pulau Koh Samui dengan mengunakan motosikal yang di sewa. Hari yang kedua, seawal jam 7.00 pagi peserta yang ingin pergi ke Island Hopping sudah bersedia untuk pergi dengan bot melalui ejen pelancongan di sekitar pekan Nathon. Ada juga peserta mengikuti aktiviti di darat seperti menunggang gajah, mandi di air terjun, melawati tempat batu Valentine, kawasan Pantai Lamai dan Pantai Chewang. Aktiviti bersambung pada sebelah malam di Night Market Chewang sambil menonton acara audio oleh rakan kelab kereta Koh Samui di pekan Chewang.

Pada hari terakhir, peserta dibawa melawat ke pasar pagi dan membeli cenderahati kenang-kenangan dan ole ole untuk dibawa pulang. Sekitar jam 12.00 tengah hari semua peserta sudah berkumpul di jeti untuk pulang ke tanah besar Donsak. Setibanya di Donsak pihak pengurusan telah mengadakan Mini Autoshow sebelum konvoi pulang ke Malaysia. Konvoi bergerak dari Donsak jam 3.30 petang dan sampai di sempadan Bukit Kayu Hitam sekitar jam 9.00 malam. Ada juga sebahagian rakan konvoi bermalam di Bandar Hatyai dan pulang ke Malaysia pada keesokan harinya.

DSC_0354

Acara Survival Koh Samui kali ini sememangnya mencabar dan menguji ketahanan mental serta fizikal peserta. Bermula dari urusan penginapan, jarak konvoi sejauh hampir 900km pergi dan balik yang memenatkan, menjelajah ke kampung kampung hampir 12km semasa di Thailand selain kenderaan peserta yang mengalami kerosakan sehingga ada kereta yang terpaksa ditunda untuk meneruskan perjalanan. Ada juga di antara peserta yang datang dari Johor Bahru, Negeri Sembilan, Batu Pahat dan Pahang perlu mengharungi jarak perjalanan yang lebih jauh berbanding peserta lain.

Masalah komunikasi juga berlaku disebabkan kekurangan alat walkie talkie dan ada kalanya komunikasi terputus sehingga ada peserta yang terlajak dan tidak pulang ke hotel penginapan, peserta tidak cukup semasa menunggu feri di jeti dan pelbagai masalah lain juga berjaya diatasi dan semua peserta selamat sampai dan selamat kembali. Syabas dan tahniah kepada para peserta yang cukup kental dan memberikan kerjasama semasa konvoi berlangsung walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan. Memori ini pasti akan terpahat dalam ingatan para peserta buat selama-lamanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

17097825_1791791224179708_4375006646415836155_o 17155399_1462865867065041_7006931954445796710_n 17155446_678773212310038_4687041368792832067_n 17157421_1791787127513451_1428195603161332569_o 17157620_1791716744187156_6259593591052964852_o 17159199_1791716620853835_3028562663001184256_o 17192589_1791793810846116_9966641630681216_o DSC_0115 DSC_0141 DSC_0192 DSC_0229 DSC_0283 DSC_0299 DSC_0349 DSC_0354 DSC_0357 DSC_0373 DSC_0384

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply