Model kedua keluaran Xiaomi didedahkan dan ia merupakan sebuah SUV elektrik yang dinamakan sebagai Xiaomi YU7. Model SUV ini akan dikeluarkan di satu-satunya fasiliti milik syarikat tersebut di Beijing.
Permohonan homologasinya telah pun didedahkan oleh portal rasmi Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.
Di negara tersebut, setiap kereta perlu mendapat kelulusan daripada pengawal selia tempatan sebelum ia dipasarkan. MIIT akan menerbitkan senarai permohonan yang telah melalui proses homologasi bulanan.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Walaubagaimanapun, pengeluar kereta tidak berpuas hati dengan perkara ini kerana ia mendedahkan imej dan spesifikasi versi produksi kereta yang belum dilancarkan secara rasmi.
Namun, bagi orang awam, ini bukanlah satu masalah. Xiaomi turut mendedahkan gambar rasmi model YU7 semalam, hanya beberapa saat selepas MIIT mengeluarkan senarai bulanannya.
Ini adalah langkah yang bijak memandangkan gambar daripada MIIT kebiasaannya tidaklah begitu menarik.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Xiaomi YU7 ialah SUV elektrik sepenuhnya dengan ukuran dimensi 4,999 mm panjang, 1,996 mm lebar , dan tinggi 1,600 mm. Jarak rodanya adalah 3,000 mm, manakala berat kosongnya ialah 2,405 kg.
Model ini dilengkapi dengan dwimotor elektrik, 220 kW di hadapan dan 288 kW di belakang dengan jumlah kuasa keseluruhan sebanyak 681 kuasa kuda, membolehkannya mencapai kelajuan maksimum 253 km/j.
Tenaga elektrik disimpan dalam bateri litium NMC yang dibekalkan CATL, tetapi kapasiti bateri itu masih belum didedahkan. Xiaomi mengumumkan bahawa YU7 akan dilancarkan pada bulan Jun atau Julai 2025.
Sumber: CarNewsChina
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI