ARKIB

KATEGORI

Buletin

GoCar dan Yinson GreenTech drivEV lancar program perkongsian EV di Johor Bahru

Berita Tempatan

Views

GoCar Malaysia dan drivEV daripada Yinson GreenTech memperkenalkan program perkongsian kereta elektrik (EV) di Johor Bahru.

Inisiatif itu bertujuan menawarkan pilihan mobiliti sifar karbon kepada penduduk di Johor Bahru dan pelancong dari Singapura.

Model-model EV seperti Aion Y Plus baharu dan Ora Good Cat kini sudah boleh ditempah di lokasi-lokasi utama di Johor Bahru.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

GoCar juga bekerjasama dengan Handal Indah Sdn. Bhd. (HISB), anak syarikat HI Mobility Berhad untuk menawarkan sambungan yang mudah buat pengguna bas-bas elektrik rentas sempadan di Tambak Johor.

Para pelancong dari Singapura boleh meneruskan perjalanan mereka di Johor Bahru menggunakan EV yang boleh didapati di pusat membeli-belah Toppen dan lokasi-lokasi strategik lain berhampiran hentian utama bas.

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, pelancaran ini bukan sahaja membantu warga Johor Bahru, malah menawarkan pelancong Singapura satu akses yang lebih mesra alam untuk meneroka bandar ini.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Menurut Pengarah Urusan drivEV, Kelvin Soon, pihaknya telah mencipta penyelesaian perjalanan yang lancar serta mesra alam kepada penduduk tempatan dan pelancong dengan menawarkan EV di lokasi-lokasi utama di Johor Bahru.

drivEV ialah rakan pajakan dan penyedia penyelesaian mobiliti yang fokus kepada EV. Ia komited untuk mempromosikan pengangkutan hijau dan menjadikan EV lebih mudah diakses oleh para pengguna.

Kadar perkongsian kenderaan untuk Ora Good Cat di Johor Bahru bermula serendah RM24.90 sejam hingga RM199 sehari. Manakala AION Y Plus boleh didapati pada harga serendah RM27.90 sejam atau RM279 sehari.

Sempena meraikan pelancaran ini, pengguna boleh menempah model AION Y Plus selama lima jam pada kadar eksklusif hanya RM100 (tidak termasuk CDW, Flex dan SST) menggunakan kod “JBJOLT”.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply