ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: GAC Aion S Plus ditemui di dua lokasi berbeza

Foto Intip

Views

Nampaknya semakin kerap unit ujian GAC Aion S Plus berjaya dikesan oleh orang awam pada ketika ini. Yang terbaharu, unit ujian GAC Aion S Plus yang menggunakan nombor plat perdagangan yang sama dikesan di dua lokasi berbeza.

Lokasi pertama tidak diketahui dan kelihatan unit ujian berkenaan sedang dicas. Ia berjaya dikesan oleh pemilik akaun Facebook bernama Danish Azman yang memuatnaik foto tersebut di laman group paultan.org Automotive/Car Discussion Group semalam.

Pada hari yang sama juga penulis telah menerima mesej peribadi daripada rakan pembaca bernama Shahrul Khairi yang menemui unit ujian GAC Aion S Plus ini di hentian R&R Rawang arah utara, kelmarin.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sedikit info ringkas mengenai GAC Aion S Plus, model sedan elektrik aras mercu itu dijana oleh motor elektrik yang menghasilkan 204 kuasa kuda dan 350 Nm daya kilas.

Ia ditawarkan dengan tiga tahap jarak pemanduan berbeza, bermula dari 410 km, 510 km dan 602 km (NEDC). Aion S Plus mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh 6.8 saat.

Dari segi dimensi, Aion S Plus berukuran 4,810 mm panjang, 1,880 mm lebar dan jarak antara gandar rodanya pula, 2,750 mm.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Di Malaysia, kenderaan dari jenama Guangzhou Automobile Group (GAC), akan diedar dan dipasang oleh WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), yang merupakan anak syarikat milik penuh Warisan TC Holdings Bhd.

Syarikat tersebut telah melabur lebih RM60 juta untuk menaik taraf kilang pembuatan milik Tan Chong di Segambut bagi pemasangan tempatan model (CKD) model GAC Motor GS3 serba baharu.

Projek CKD terbabit adalah sebahagian daripada perkongsian komersil jangka panjang GAC Motor dan Kumpulan Tan Chong di rantau ASEAN.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, WTCA akan memperkenalkan inventori yang menarik dan komprehensif bagi model GAC Motor pemanduan sebelah kanan (RHD), termasuk kenderaan utiliti sukan (SUV), sedan dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Shahrul Khairi dan Danish Azman

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply