ARKIB

KATEGORI

Buletin

VinFast buat kejutan di CES 2024, pamer model konsep trak pikap elektrik VF Wild

Berita Global

Views

Pengeluar kereta elektrik dari Vietnam, VinFast membuat kejutan dengan mempamerkan model konsep trak pikap elektrik VF Wild concept bersempena dengan pameran Consumer Electronics Show (CES) 2024.

Model konsep ini adalah percubaan pertama syarikat tersebut dalam segmen trak pikap dan VF Wild menampilkan usaha inovatif mereka untuk menghasilkan trak pikap berprestasi bagi pengguna generasi baharu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dari segi dimensi, VF Wild berukuran 5,324mm panjang dan 1,997mm lebar. Ini bermakna, model ini berada  dalam kategori trak pikap saiz sederhana.

Dari segi praktikaliti, ia mempunyai pintu-tengah boleh dilipat yang membolehkan saiz ruang kargonya memanjang dari 5 kaki ke 8 kaki sekiranya tempat duduk belakang dilipat sepenuhnya secara automatik.

Ia turut menampilkan bumbung kaca panorama dan cermin sisi digital bagi mempertingkatkan aerodinamik. Model telah dibangunkan secara bersama antara VinFast dan studio reka bentuk dari Australia, Gomitiv.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Pembangunan reka bentuknya mengambil masa lebih 8,000 jam dan telah melibatkan ramai pereka. VF Wild mengetengahkan elemen reka bentuk “Fluid Dynamism” yang diinspirasikan dari ‘aliran gerakan jubah adiwira yang ditiup angin’.

Nama “Wild” pula mewakili “kuasa alam” dan merangkumi etos jenama untuk memecah sempadan untuk meneroka lebih jauh dan menandakan komitmen berterusannya ke arah masa depan hijau untuk semua orang.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jualan dan Pemasaran, VinFast Global, Tran Mai Hoa, pihaknya amat berbesar hati memperkenalkan konsep VF Wild dan ia mempamerkan aspirasi syarikat untuk menerokai pasaran trak pikap elektrik yang pantas dan berkembang pesat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ASEAN Skyline dan VinFast

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply