ARKIB

KATEGORI

Buletin

VinFast buat pelancaran global SUV elektrik mini VF 3 di CES 2024

Berita Global

Views

Selain model konsep trak pikap elektrik VF Wild, VinFast turut melancarkan sebuah SUV elektrik (eSUV) mini, VF 3 bersempena dengan pameran Consumer Electronics Show (CES) 2024.

Reka bentuk VF 3 menggabungkan kepraktisan, kreativiti dan gaya untuk menyemarakkan kegembiraan baharu dan menginspirasikan kesedaran peribadi, serta mencetuskan kreativiti dalam kalangan pemandunya.

VF 3 menampilkan keseimbangan elemen rekaan bongkah geometri yang teguh dan garisan anggun, sekali gus mencipta bahagian luar yang estetik yang direka untuk meningkatkan personaliti pemiliknya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Di samping itu, jarak lantai yang mencukupi dan roda 16-inci menekankan reka bentuk kenderaan yang kukuh dan praktikal, serta kapasitinya untuk mengharungi pelbagai jenis rupa bumi.

Rekaan kabinnya menggunapakai pendekatan minimalis, menyediakan ruang yang luas dan menggabungkan ciri pintar yang penting untuk pengalaman pemanduan yang selesa dan mudah.

Dari segi dimensi, VF 3 berukuran 3,190 mm, lebar 1,679 mm dan tinggi 1,621 mm. SUV empat empat tempat duduk ini mempunyai anggaran sasaran jarak pemanduan melebihi 201 km bagi setiap cas penuh.

Ruang kokpitnya turut dilengkapi dengan sistem inforia dengan skrin berukuran 10 inci dengan ketersambungan Android Auto dan Apple Carplay.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Dari segi praktikaliti pula, kapasiti ruang kargonya boleh memuatkan sehingga 550 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat penuh.

Model ini telah membuat penampilan sulungnya di Vietnam enam bulan lalu dan kini ia dilancarkan secara rasi di peringkat global.

Syarikat itu kini mula menerima tempahan awal untuk model VF 3. Perincian lanjut mengenai tempahan dan penghantaran kenderaan, harga dan polisi jaminan akan didedahkan untuk setiap pasaran pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit VinFast

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply