Pengedar motosikal jenama Voge, MForce Bike Holdings (MForce Bike) mengumumkan model supermoped FR150 Formica Rossa akan menyertai dua perlumbaan iaitu Kejuaraan CubPrix Malaysia dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) untuk musim 2025.
Menurut rakan media di Pandulaju.my, langkah ini adalah bagi mengukuhkan kehadiran jenama tersebut dalam arena perlumbaan profesional, selain membuktikan kemampuan motosikal sebagai pencabar baharu yang berpotensi.
Pengumuman ini sudah pastinya ‘ditunggu-ditunggu’ oleh ramai peminat tempatan untuk melihat kemampuan jentera dari China mencabar ‘ketuanan’ jenama dari Jepun.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Buat masa ini, FR150 Formica Rossa sedang menjalani proses homologasi pihak penganjur perlumbaan untuk menyertai saingan musim perlumbaan tahun depan.
Berkenaan dengan pasukan dan pelumba pula, MForce Bike mengesahkan proses pemilihan sedang dijalankan dan pengumuman dijangka dibuat menjelang Januari tahun depan.
Voge FR150 Formica Rossa telah dilancarkan pada Mei lalu, sempena pameran automotif Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di MAEPS, Serdang.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Ia didatangkan dengan tiga pilihan warna menarik, iaitu Heat Red, Bold Blue dan Canary Yellow. Harga yang ditawarkan tidak termasuk insurans dan cukai jalan adalah RM8,888.
Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 4-lejang silinder tunggal 149.6cc DOHC sejukan cecair 4-injap dengan sistem pancitan bahan api (FI) yang menjana 15.4 kuasa kuda dan 13.5Nm daya kilas pada 7,500rpm.
Enjin ini dipadankan dengan kotak gear manual 6-kelajuan dengan ciri cekam gelincir (slipper clutch). Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan sistem brek cakera tunggal 244mm (hadapan), dan cakera tunggal 203mm (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi- saluran.
Supermoped ‘Semut Merah‘ ini menampilkan reka bentuk yang mengadaptasikan dan diinspirasikan dari dua model supermoped terhangat di pasaran, iaitu Yamaha Y16ZR dan Honda RS-X.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI