ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen buka pendaftaran minat Touareg R-Line 2024

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mula menyiarkan iklan acah untuk model Volkswagen Touareg R-Line serba baharu.

Serentak dengan itu juga pendaftaran minat bagi model SUV berkenaan turut dibuka dan mereka yang berminat boleh berbuat demikian menerusi pautan, bit.ly/VWMY_Touareg_Register.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Model ini akan dijana oleh enjin 3.0TSI V6 yang menghamburkan 340PS dan 450 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan dan sistem pacuan semua 4Motion.

Ia turut menampilkan beberapa teknologi masa depan, antaranya lampu hadapan IQ Light HD Matrix serta IQ.DRIVE dengan penglihatan malam (Night Vision) termaju.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Touareg R-Line turut dilengkapi dengan suspensi udara pelarasan-sendiri automatik yang melaraskan dan mengekalkan ketinggian yang konsisten bagi keselesaan optimum di mana-mana jalan.

Bukan itu sahaja, ruang kabinnya didatangkan dengan Sistem Bunyi Dynaudio Consequence yang menyampaikan 730W kelantangan audio, bagi mengasyikkan ‘halwa telinga’ tiap kali mendengar runut bunyi (soundtrack).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Volkswagen

Volkswagen Touareg R-Line 2024

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply