ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Hafizh Syahrin tayang lakaran grafik ‘liveri’ jentera lumba Ducati, JDT Racing Team

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao sebentar tadi memuatnaik satu imej lakaran grafik ‘liveri’ untuk jentera lumba pasukan JDT Racing Team.

Liveri jentera lumba Ducati itu menampilkan kombinasi warna biru, merah dan putih yang merupakan warna bendera negeri Johor, serta reka corak bermotifkan jejalur perlumbaan, tiga bintang serta logo pasukan bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Logo Petronas turut terpampang pada jentera dua roda tersebut dan besar kemungkinan syarikat petroleum nasional itu tampil sebagai penaja utama pasukan.

Pada November tahun lalu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah bertemu dengan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah. untuk menubuhkan pasukan JDT Racing Team.

Pasukan ini akan bermula di pertandingan Asia Road Racing Championship (ARRC) dengan hasrat untuk bersaing dalam pertandingan Superbike World Championship kelak.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Cabaran pasukan ini di ARRC akan digalas oleh pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk musim 2024.

Nama Hafizh Syahrin bukan asing lagi dalam dunia permotoran apabila pernah membuat kemunculan dalam perlumbaan di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada tahun 2018 dan 2019 bersama jentera Yamaha serta KTM.

Pelumba berusia 29 tahun juga pernah beraksi di Moto2 dan ketika ini beraksi di WSBK. Selain bola sepak, JDT turut menceburi beberapa sukan lain seperti futsal, polo, tinju dan hoki ais.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply