ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Fest kembali! Penampilan khas kereta elektrik ID.4

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan festival muzik, budaya dan segalanya tentang jenama tersebut, iaitu Volkswagen Fest bakal kembali pada 15 dan 16 Oktober 2022 di Sentul Depot, Kuala Lumpur.

Festival ini pastinya lebih besar berbanding sebelumnya dengan pelbagai aktiviti telah pun disediakan buat peminat Volkswagen dari segenap lapisan masyarakat.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Antara tumpuan utama pada festival kali ini adalah prebiu khas jentera elektrik ID.4. Acara selama dua hari itu juga membolehkan pengunjung mengimbau kenangan lama menerusi beberapa model klasik Volkswagen.

Selain itu, para pengunjung boleh menikmati pelbagai persembahan secara langsung daripada kumpulan muzik sehinggalah pameran bola sepak gaya bebas.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Di Volkswagen Driving Academy pula, kanak-kanak boleh mendapatkan lesen memandu pertama mereka. Pengunjung juga berpeluang untuk memandu uji beberapa model Volkswagen, antaranya Arteon, Golf dan Tiguan.

Waktu acara adalah seperti berikut:

  • Sabtu, 15 Oktober – 10 pagi hingga 10 malam
  • Ahad, 16 Oktober – 10 pagi hingga 8 malam

Jom ramai-ramai ke sana!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply