Satu lagi model dilancarkan serentak bersama-sama Arteon R-Line semalam iaitu sebuah model SUV tujuh tempat duduk, Tiguan Allspace. Dua varian ditawarkan: Tiguan Allspace Highline 1.4TSI dan Tiguan Allspace R-Line 2.0TSI. Kedua-duanya dipasang di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.
Tiguan Allspace mempunyai jarak antara gandar yang lebih panjang dan menawarkan versatiliti menerusi pelbagai konfigurasi tempat duduk. Tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat sepenuhnya sekali gus menawarkan ruang bagasi sebanyak 1,775 liter.
Tiguan Allspace R-Line tampil lebih agresif dengan rim aloi Sebring bersaiz 19 inci. Ia dijana oleh enjin turbo pancitan terus 2.0TSI yang dipadankan dengan kotak gear 7-kelajuan DSG. Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 220PS dan 350Nm daya kilas.
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
Ia menjadikan model ini sebagai kenderaan paling berprestasi dalam segmennya. Keupayaannya dipertingkatkan lagi dengan sistem pacuan semua roda 4Motion. Ruang kabin varian ini dipasang dengan lencana R-Line pada tempat duduk, stereng, injak sport aluminium tahan karat, plat pelindung aluminium pada bahagian hadapan dan belakang, hiasan ‘Dark Grid’ serta kemasan bumbung berwarna hitam.
Tiguan Allspace Highline pula menggabungkan enjin turbo pancitan terus 1.4TSI dengan kotak gear 6-kelajuan DSG. Ia mampu menjana kuasa 150PS dan 250Nm daya kilas serta menawarkan penggunaan bahan api sekitar 7.3l/100km.
Bahagian dalamannya dilengkapi dengan ciri ketersambungan Digital Cockpit dengan kemasan upholsteri kulit ‘Vienna’, tempat duduk elektrik 12-tetapan untuk pemandu dan sistem pendingin hawa bersama kawalan suhu 3 zon. Ia turut dilengkapi stereng multi fungsi yang dibalut kulit dengan paddle shifter dan kawalan jelajah.
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
Tiguan Allspace Highline dilengkapi pelbagai ciri keselamatan utama seperti enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Brek Pelbagai-Perlanggaran, Sistem Tindak Balas Kemalangan Pintar (ICRS), Brek Parkir Elektronik (EPB) serta Kawalan Mendaki.
Bagi varian R-Line pula, ia turut dilengkapi dengan ciri tambahan iaitu Kawalan Gelongsor (HDC). Kedua-dua varian ini didatangkan dengan pilihan warna Blue Silk, Pure White, Deep Black, Platinum Grey dan Pyrite Silver. Tiguan Allspace Highline serba baharu ditawarkan pada harga RM 169,990 dan Tiguan Allspace R-Line berharga RM213,490.
Menerusi pengecualian cukai, kedua-dua varian tersebut ditawarkan pada harga cadangan RM164,430.75 dan RM208,553.79 sehingga 31 Disember 2020. Pemilik akan menikmati penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan pinggir jalan selama 5 tahun.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
KOMEN TERKINI