ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Volkswagen lancar Arteon R-Line buatan Pekan, harga RM220,043

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) semalam telah melancarkan model yang paling dinantikan, Arteon R-Line serba baharu ke pasaran tempatan. Arteon yang membuat penampilan global sulungnya pada 2017 itu dipasang secara tempatan di kilang pengeluaran Volkswagen di Pekan, Pahang.

Nama model dengan rekaan “fastback” adalah kombinasi daripada dua perkataan iaitu ‘Art’ yang membawa maksud reka bentuk harmoni dan emosional, manakala ‘eon’ pula menyerlahkannya sebagai model premium Volkswagen.

Reka bentuk luaran Arteon R-Line begitu terserlah menerusi garis bumbung yang lebih rendah, tingkap tanpa bingkai, cerun bahagian belakang yang bersambung hingga ke lampu belakang yang membuatkannya kelihatan lebih aerodinamik dan bergaya.

Sistem lampu utama adalah jenis LED sepenuhnya dengan lampu hadapan dilengkapi ciri Lampu Belok Dinamik. Lampu belakangnya pula hadir dengan isyarat membelok berturutan dan buat pertama kalinya, Arteon dilengkapi ciri All Weather Light.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Sebagai sebuah model R-Line, penampilan luaran Arteon diserlahkan menerusi kemasan krom hadapan agresif, lencana R-Line, lampu utama LED, lampu belakang dengan indikator dinamik, spoiler belakang berwarna hitam, rim aloi Montevideo bersaiz 19 inci serta kemasan krom pada bahagian bawahnya.

Ruang dalaman model ini terasa amat sporty dan mewah terutama sekali di bahagian tempat duduk penumpang hadapan ErgoComfort dengan 14 tetapan dan lencana R-Line. Apa yang menarik tempat duduk pemandu dilengkapi dengan fungsi urutan.

Arteon dilengkapi dengan sistem bunyi Dynaudio yang menawarkan pengalaman audio premium bersama 11-unit pembesar suara, amplifier digital 16 saluran, satu unit subwoofer dan kemewahan bunyi 700W. Suasana yang mewah itu ditambah lagi dengan kemasan aluminium Silver Rise, pelapik bumbung hitam Titanium, jam analog dan lampu ambien tiga warna.

Arteon R-Line dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI dan kotak gear DSG 7-kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa 190PS dan 320Nm daya kilas. Ia turut dilengkapi dengan Kawalan Casis Dinamik (DCC) yang menawarkan 15 tetapan dan lima mod pemanduan berbeza – Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Dari segi keselamatan pula, ia didatangkan dengan ciri keselamatan premium seperti Sistem Brek Pasca Perlanggaran, Sistem Tindak Balas Kemalangan Pintar (ICRS), Kunci Pembezaan Elektronik (XDS) selain ciri keselamatan standard seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS),  Bantuan Brek (BA), Kawalan Mendaki, Sistem Perlindungan Penumpang Proaktif dan Bonet Aktif.

Arteon juga hadir dengan kamera Area View 360 yang menggabungkan empat buah kamera untuk menawarkan pandangan dari atas. Selain itu, model ini menawarkan ruang but seluas 563 liter yang boleh diakses melalui fungsi but Easy Open.

Lima warna ditawarkan, iaitu tiga warna metalik, Manganese Grey, Turmeric Yellow dan Pyrite Silver, manakala warna mutiara ialah Deep Black dan Oryx White Pearl. Arteon R-Line ditawarkan pada harga RM225,490 dan hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun.

Ia turut didatangkan dengan jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan pinggir jalan selama 5 tahun. Dengan pengecualian cukai yang ditawarkan ketika ini, harga cadangan Arteon R-Line seba baharu sehingga 31 Disember 2020 ialah RM220,043.28.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply