ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM perkenal Golf R-Line baharu, harga dari RM169,990

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Golf R-Line baharu yang ditawarkan pada harga dari RM169,990.

Golf R-Line didatangkan dalam lima warna termasuklah dua warna baharu – kelabu (Moonstone Grey) dan merah metalik (Kings Red metallic).

Warna lain termasuklah biru metalik (Atlantic Blue), hitam (Deep Black) dan putih mutiara (Oryx White). Model ini tampil lebih sporty dan ekspresif dengan penggayaan R-Line yang direka untuk prestasi yang lebih responsif.

Ia dipasang dengan tempat duduk hadapan sport yang dibaluti fabrik Sardegna dan kusyen sisi Art Velours bagi memberikan keselesaan maksimum. Tidak ketinggalan, sulaman logo R-Line pada perehat kepala.

Ruang kabin model ini turut dilengkapu lampu ambien 30 warna yang boleh disambungkan dengan mod pemanduan. Anda juga boleh menukar warna lampu berkenaan mengikut mood dan kegemaran.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Terdapat lima mod warna yang telah ditetapkan (Infinity, Eternity, Desire, Euphoria, Vitality) serta tetapan individual yang boleh dipilih.

Ruang dalamannya kini dipertingkatkan lagi melalui sistem pendingin hawa 3 zon Climatronic yang dilengkapi ciri Air Care untuk menapis spora, debunga dan partikel bagi memastikan udara kekal bersih.

Penampilan sporty Golf R-Line disempurnakan lagi dengan rim aloi Valencia bersaiz 17-inci dan sepasang corong ekzos krom hiasan berbentuk trapezoid.

Golf R-line dijana oleh enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan 250Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi lapan-kelajuan shift by wire.

Sebagai generasi Golf paling progresif, aspek digital Golf R-Line ditingkatkan untuk lebih kemudahan dan ketersambungan yang lancar.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Operasi intuitif kereta ini disokong oleh sistem kawalan suara pintar yang boleh diaktifkan dengan mudah melalui “Hello Volkswagen” atau menekan butang suara pada stereng.

Dari aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Pasca Perlanggaran, Kunci Pembezaan Elektronik (XDS), enam beg udara serta banyak lagi.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pihaknya berbangga kerana mampu memasang Golf yang ikonik ini di Malaysia.

Golf R-Line serba baharu dan digital sepenuhnya ini merupakan satu inspirasi. Ia adalah hatchback yang anda ingin dilihat memandunya.

VPCM menyokong pelanggan melalui perkhidmatan selepas jualan dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan pinggir jalan selama lima tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply