ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wanita terjun dari Perodua Axia e-hailing salah faham, rupanya pemandu cacat pendengaran

Berita Tempatan

Views

Akibat salah faham, seorang penumpang wanita terjun dari sebuah kereta e-hailing di Jalan Temasya Glenmarie, di Shah Alam baru-baru ini selepas curiga dengan pemandunya yang sering memandangnya melalui cermin pandang belakang.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati, pemandu e-hailing tersebut sebenarnya merupakan orang kelainan upaya (OKU) cacat pendengaran yang tidak boleh berkomunikasi dengan wanita tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan, mangsa berusia 31 tahun yang juga pekerja sebuah syarikat katering telah membuat tempahan aplikasi e-hailing kira-kira pukul 9.30 pagi pada Rabu lalu.

Katanya, tempahan kenderaan itu adalah untuk mengambilnya di Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie ke tempat kerjanya di Denai Alam.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Mangsa yang berada di tempat penumpang belakang telah bertanya kepada pemandu lelaki berusia 26 tahun untuk membuat pembayaran secara tunai tetapi tidak dijawab pemandu itu.

Tambahnya, wanita berkenaan juga mendapati pemandu itu sering kali melihatnya melalui cermin pandang belakang.

Jelas beliau, mangsa yang bimbang keselamatannya telah bertindak turun semasa kenderaan e-hailing jenis Perodua Axia itu bergerak perlahan. Wanita itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan susulan perbuatannya itu.

Hasil siasatan mendapati lelaki itu merupakan pemandu e-hailing yang sah dan seorang OKU cacat pendengaran serta baru mula bekerja sehari sebelum kejadian.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Wanita itu merupakan pelanggan ketiganya pada hari kejadian dan suspek telah menjelaskan tersalah jalan disebabkan masih baru.

Tambah beliau, pemandu juga cuba membuat pusingan U di Jalan Temasya sebelum mangsa membuka pintu kereta kenderaannya. Lelaki itu kemudiannya meneruskan perjalanan kerana ada permintaan pelanggan lain.

Kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) kerana kejadian ini lebih kepada salah faham.

Pengadu juga telah membuat laporan polis untuk menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini setelah mengetahui kejadian sebenar.

Terdahulu tular di laman sosial berhubung laporan polis mengenai kejadian tersebut termasuk nombor plat kenderaan pemandu tersebut. – KOSMO!ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mohd Azrin Ikhsan dan Mingguan Wanita

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply