ARKIB

KATEGORI

Tular

Petani moden naik Audi A4 jual bayam merah

Berita Tempatan

Views

Satu video tular seorang petani memandu kereta Audi A4 ke pasar untuk menjual hasil taninya telah menarik perhatian pengguna media sosial.

Video klip yang dikongsi dalam Instragram oleh Sujith SP, yang terkenal sebagai ‘Petani Serba Boleh’ di internet yang mengusahakan tanaman di sebuah ladang bayam terletak di Kerala, India.

Dalam ciapan di akaun Instragram ‘Apabila Audi pergi menjual bayam’ menampilkan video dia menuai sayur-sayuran dan kemudian menjualnya ke pasar.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Video itu juga menunjukkan dia meletakkan tikar atas lantai serta menyusun bayam merah sambil memanggil pelanggan membeli hasil tanamannya.

Dia yang berkongsi video itu sejak beberapa hari lalu telah mendapat tanda suka lebih 446,000 dan lapan juta tontonan.

Ramai warganet memuji usaha petani muda itu atas kerja keras dan dedikasinya sehingga berjaya serta mampu membeli kereta idamannya.

 

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

“Inspirasi hebat untuk anak muda yang bijak melihat peluang pertanian di depan mata,” menurut komen seorang warganet .

Sebenarnya, Sujith tidak asing lagi dalam sektor pertanian di wilayah tersebut di mana dia sering berkongsi kesedaran dalam teknik pertanian moden menerusi akaun Instragram.

Justeru tidak hairanlah, dia sendiri mempunyai 203,000 pengikut dan sering berkongsi tip-tip pertanian kepada mereka berminat untuk mendapatkan nasihatnya dalam bidang tersebut. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply