ARKIB

KATEGORI

Tular

Brek gagal berfungsi punca Myvi ‘terbang’ sebelum terbalik di Jalan Kimanis-Keningau

Tular

Views

Polis mengesahkan video tular yang memaparkan sebuah kenderaan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik dalam kejadian kemalangan di Kilometer 37 Jalan Kimanis-Keningau pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi yang berusia 17 tahun bersama penumpang selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Keningau menuju ke Kota Kinabalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian semasa menuruni bukit, tiba-tiba brek kereta tidak berfungsi sehingga menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terlanggar tebing bukit dan terbalik.

“Pemandu dan penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Papar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Kamaruddin dalam pada itu menasihatkan semua pengguna jalan raya agar berhati-hati terutama ketika melalui jalan berbukit di Jalan Kimanis-Keningau.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa keadaan brek dan menyelenggara kenderaan sekiranya mahu melalui kawasan tersebut.

Ini disebabkan bentuk muka bumi yang curam dan kawasan itu memang lokasi yang kerap berlakunya kemalangan.

Sebelum itu, tular di media sosial video berdurasi 29 saat membabitkan rakaman daripada kamera pemuka yang memaparkan sebuah kenderaan dipercayai hilang kawalan dan memintas sebuah kenderaan lain di kawasan garisan berkembar.

Kenderaan terbabit kemudiannya terbabas dibahu jalan lalu melambung ke atas sebelum terbalik di laluan bertentangan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sabah Media

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply