ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warga kerja ECRL tanam pelbagai spesies pokok di Pusat Konservasi Harimau Malaya

Berita Tempatan

Views

Seramai 100 orang warga kerja Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hari ini telah menanam 100 batang pokok beraneka jenis bagi di kurungan (paddock) Harimau Malaya di Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC).

Ia merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Projek ECRL dalam memupuk kesedaran terhadap konservasi Harimau Malaya bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerusi ‘Program Kerjasama Pengayaan Habitat Harimau Malaya‘.

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik Projek ECRL dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) sebagai kontraktor utama Projek ECRL turut memberi sumbangan dalam menjayakan program ini.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Program yang julung kali diadakan ini melibatkan tiga fasa, di mana fasa pertama merangkumi rawatan tanah, pengkapuran dan pembajaan. Fasa kedua membabitkan penanaman pokok renek, pokok teduhan dan pokok buah-buahan.

Fasa ketiga pula bertumpu kepada penjagaan, pemangkasan dan pembajaan pokok-pokok di kurungan MTCC.
Program ini dijangka membantu perancangan jangka panjang Jabatan PERHILITAN dan MTCC dalam melindungi populasi Harimau Malaya (Panthera Tgris Jacksoni) di samping membantu usaha pembiakannya.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Sri Darwis Abdul Razak, berkata Projek ECRL berbesar hati dapat menyumbang dan memainkan peranan yang aktif menerusi program ini dalam membangkitkan kesedaran populasi dan pemuliharaan Harimau Malaya yang semakin diancam kepupusan di Malaysia.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pembinaan jajaran ECRL yang sepanjang 665 km juga menitikberatkan aspek perlindungan alam sekitar, hutan dan hidupan liar.

Satu perjanjian tambahan pelaksanaan Pelan Pengurusan Hidupan Liar bagi Projek ECRL telah dimeterai antara CCC-ECRL dan Jabatan PERHILITAN pada tahun 2022 bagi menambahbaik kerja-kerja pemuliharaan dan mitigasi hidupan liar di sepanjang jajaran rel.

Bagi mengurangkan kesan alam sekitar daripada proses pembinaan ke atas hutan semulajadi, sungai dan sumber air, reka bentuk jajaran ECRL turut merangkumi pembinaan 40 buah terowong, kira-kira 145 km laluan bertingkat serta 27 lintasan hidupan liar (wildlife box culverts) di lokasi strategik.

Pasukan Projek ECRL bersama Jabatan PERHILITAN juga melakukan tinjauan hidupan liar dan memasang perangkap kamera di sepanjang jajaran rel untuk mengenal pasti populasi hidupan liar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply