ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo umum kemaskini rangkaian model PHEV 2024

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia akan memperkenalkan kemas kini dalam rangkaian kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) baharunya, iaitu Volvo XC90, XC60, S90, S60 dan V60 bagi tahun 2024. Ia akan diperkenalkan bermula pada September bersama dengan warna baharu, Vapour Grey.

Semua model PHEV Volvo 2024 akan dilengkapi dengan pengecas bersepadu (OBC) yang menyokong sehingga 6.4 kilowatt (kW) dengan pengecasan dua atau tiga fasa, untuk masa mengecas lebih singkat, atau kembali kepada mod 3.6 kW bagi pengecasan fasa tunggal.

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, pelancaran Volvo XC90 Recharge pemasangan tempatan pada tahun 2016 telah membolehkan mereka mencapai matlamat untuk menjadi pembuat kenderaan elektrik premium terkemuka di ASEAN.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Antara ciri luaran yang dipertingkatkan bagi model Volvo 2024 adalah bumbung kaca panoramik yang dijadikan ciri standard bagi semua model.

Sementara itu, Volvo S90 Recharge akan dilengkapi dengan reka bentuk rim lapan jejari baharu, manakala V60 Recharge dan S60 Recharge akan didatangkan dengan versi enam jejari yang baharu.

Ciri-ciri utama yang dikemas-kini bagi rangkaian model Volvo 2024 termasuklah:

  • Pengecas bersepadu (OBC) 6.4 kW 2 fasa bagi semua model baharu PHEV.
  • Perkhidmatan Digital percuma selama lima tahun termasuk akses kepada Google Assistant, Google Maps, Google Play Store dan fungsi kawalan jauh bagi aplikasi Volvo Cars untuk semua model baharu.
  • Pilihan warna baharu Vapour Grey untuk semua model sebagai tambahan kepada warna sedia ada iaitu Onyx Black, Crystal White, Denim Blue dan Platinum Grey.
  • Bumbung kaca panoramik, standard bagi semua model.
  • Reka bentuk rim baharu untuk Volvo S90 Recharge, Volvo V60 Recharge dan Volvo S60 Recharge.
  • Tambahan aplikasi YouTube kepada sistem inforia Google sedia ada.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Volvo XC90 Recharge kekal sebagai satu-satunya SUV PHEV tujuh tempat duduk yang boleh didapati di pasaran Malaysia, dengan suspensi udara aktif dan jarak elektrik tulen sehingga 77km.

Volvo XC60 turut mempunyai pelbagai ciri mewah yang sama dengan Volvo XC90, seperti sistem audio fideliti tinggi Bowers & Wilkins dengan profil bunyi yang tersendiri, pembersih udara, paparan tumpu, pintu but bebas tangan, ciri henti kecemasan dan bantuan serta kamera pandangan 360°.

Kesemua model kereta 2024 mempunyai rangkaian ciri keselamatan Volvo yang ekstensif, seperti Amaran Lintasn Trafik Di Belakang, Sistem Informasi Titik Buta (BLIS), Bantuan Kekal Lorong, serta Mengelak dan Mitigasi Perlanggaran bersama dengan Sokongan Stereng dan Brek.

Model Volvo yang dikemaskini akan berada di pasaran mulai September 2023. Pelanggan yang berminat boleh membuat janji temu untuk memandu uji model Volvo XC90, XC60, S90, S60 dan V60 2024 melalui laman sesawang Volvo Car Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply