Seorang kanak-kanak dilihat bermain di bahagian belakang sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton sehingga mengundang kerisauan warganet.
K! ONLINE melaporkan, menerusi satu klip video yang dimuat naik @BxllaAnxar di laman Twitter, memaparkan kanak-kanak itu sedang melompat-lompat sendirian tanpa dipantau penjaganya dan dibiarkan berada di ruangan belakang semasa hujan.
Rakaman itu turut memaparkan kanak-kanak tersebut duduk di atas palang di bahagian bumbung dengan aksi yang membahayakan.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
Menerusi ciapan oleh pemilik akaun tersebut, dia memaklumkan beberapa pemandu lain bertindak membunyikan hon dan menjerit menegur pemandu trak pikap tersebut.
Katanya, dua tiga kereta sudah membunyikan hon dan membuka tingkap untuk menegur, namun penjaganya tidak membuat apa-apa. “Cuaca hujan, biarkan budak seorang di belakang kenderaan terlompat-lompat. Kalau jatuh, sia-sia sahaja,” ciapnya.
Sementara itu, rata-rata orang ramai yang menonton video tersebut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
“Kenapa masih ada penjaga yang mengabaikan keselamatan kanak-kanak seperti ini, sudahlah duduk seorang di belakang, main lompat-lompat pula itu,” kata @Alfred.
“Perkara macam ini rasanya boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa sebab mengabaikan keselamatan kanak-kanak,” kata @PanDana.
“Anak buah saya nak keluarkan kepala ikut tingkap pun saya dah bising, inikan pula main lompat-lompat di belakang, bahaya sungguh,” kata @amin marjunet.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
KOMEN TERKINI