ARKIB

KATEGORI

Tular

Warganet puji anggota polis iring wanita hamil nak bersalin ke hospital

Berita Tempatan

Views

“Tugas kami hanya membantu masyarakat yang memerlukan, namun tidak menyangka pula bantuan itu menjadi tular,” kata Koperal Muhamad Subri Ahmad, 34.

Terdahulu, dia bersama rakannya, Koperal Mohd Azmi Said memberi bantuan mengiringi sebuah kenderaan yang membawa seorang wanita mengandung ke Hospital Pusrawi, Kota Damansara, Selangor, kelmarin.

Menurut Harian Metro, kejadian itu sempat dirakam pengguna jalan raya, Ahmad Hafizuddin yang turut memberi bantuan awal melancarkan trafik sebelum dibantu oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV).

Menceritakan semula pengalaman itu, Muhammad Subri berkata, ketika kejadian jam 3.50 petang, dia dan rakannya dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Sungai Buloh selepas menyertai Operasi Tembakau bersama Jabatan Kesihatan Gombak di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran Stesen KTM Sungai Buloh, mereka dihampiri orang awam menaiki motosikal yang memohon bantuan untuk mengiring sebuah Perodua Myvi yang membawa seorang wanita mengandung yang mahu bersalin.

Mereka terus memasang siren dan membuka laluan bagi kereta berkenaan melalui jalan itu tanpa sebarang halangan. Pihaknya telah memberi bantuan itu sejauh kira-kira empat kilometer sebelum mereka tiba di hospital terbabit.

Muhammad Subri berkata, mereka dimaklumkan bahawa wanita berkenaan sudah melahirkan anak di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital terbabit.

Dia dan rakan menunggu di kawasan parkir hospital terbabit kira-kira 20 minit sebelum dimaklumkan wakil wanita berkenaan bahawa dia dan bayinya dalam keadaan baik.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Wakil wanita itu juga mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberikan bantuan mengiring yang memudahkan perjalanan mereka ke hospital.

Jelasnya, pada mulanya dia tidak perasan ada pihak yang merakam kejadian itu sehingga rakamannya tular di media sosial sejak semalam.

Dia ada melihat bayang-bayang telefon bimbit orang awam yang merakam kejadian itu, namun tidak begitu mengendahkannya kerana fokus pada pemanduan.

Tidak lama kemudian, ada rakan setugas yang memaklumkan bahawa video berkenaan tular di Facebook sehingga mencecah lebih 4,000 tontonan (setakat petang semalam).

Menurutnya, sudah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan termasuk dalam situasi berkenaan.

Tambahnya, apabila perkara in tular dan mendapat pujian orang ramai, ia mencetuskan rasa lebih semangat untuk berkhidmat pada masyarakat meskipun mereka tidak mengharapkan pujian daripada semua pihak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply