ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Warna Passion Red Pearl kini ditawarkan pada model Jazz, City dan CR-V

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan tiga model pemasangan tempatan (CKD), Jazz, City dan CR-V akan ditawarkan dalam pilihan warna Passion Red Pearl yang ranggi dan bergaya. Pilihan warna baharu ini akan menggantikan Carnival Red untuk model Jazz, Dark Ruby Red untuk City dan Obsidian Blue Pearl untuk model CR-V.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Berdasarkan prestasi jualan, keputusan menunjukkan warna Passion Red Pearl menerima maklum balas yang baik apabila ia mula diperkenalkan pada model HR-V baharu pada bulan Januari 2019. Sejak itu, warna tersebut telah menjadi pilihan utama di kalangan pelanggan Honda dengan jualan keseluruhan sebanyak 30 peratus bagi model HR-V.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata dengan pengenalan warna baharu ini, mereka percaya ketiga-tiga model popular ini akan tampil lebih bergaya, sesuai dengan kepelbagaian gaya hidup pemilik. Dari segi prestasi jualan, Jazz, City dan CR-V telah menyumbang sebanyak 62 peratus jualan keseluruhan Honda Malaysia antara bulan Januari dan April 2019.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

City merekodkan jualan tertinggi sebanyak 34 peratus jualan keseluruhan Honda Malaysia, manakala Jazz menyumbang sebanyak 12 peratus jualan dan CR-V pula merekodkan 15 peratus. Honda Malaysia telah menjual sebanyak 28,000 unit kenderaan antara Januari dan April 2019 dengan pegangan pasaran sebanyak 15 peratus. Ini sekaligus menyaksikan Honda Malaysia kekal sebagai jenama bukan-nasional nombor satu dan kedua dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV).

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply