ARKIB

KATEGORI

Buletin

Edisi terhad Yamaha Y15ZR GP Edition diperkenalkan – Siap dapat sijil ketulenan, jam dan kunci brek cakera lagi!

Berita Tempatan

Views

Wahai peminat-peminat YSuku, ini berita baik buat kalian! Semalam Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan model edisi terhad Yamaha Y15ZR GP Edition yang dihiasi dengan grafik badan seperti jentera lumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Jika anda ‘pernah berangan’ untuk menunggang jentera YZR-M1 pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP 2020 seperti Valentino Rossi dan Maverick Vinales, inilah masanya. Anda bukan sahaja dapat memiliki jentera edisi terhad itu, malah dengan setiap pembelian model ini, anda akan menerima sijil ketulenan eksklusif dan jam tangan pintar koleksi khas Y15ZR (sementara stok masih ada).

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Bukan itu sahaja set kunci brek cakera Yamaha bernilai RM100 akan turut diberkan secara percuma kepada setiap pembeli. Y15ZR GP Edition akan mula berada di semua pengedar Yamaha menjelang pertengahan Ogos nanti. Harga yang ditawarkan adalah RM8,868 (tertakluk kepada tauke kedai).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply