ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Thailand acah model Corolla Cross Minorchange 2024, pelancaran pada 8 Februari

Berita Global

Views

Akaun Facebook rasmi Toyota Motor Thailand mula menyiarkan ‘iklan acah’ atau teaser model Corolla Cross Minorchange 2024 yang bakal dilancarkan di Thailand pada 8 Februari nanti.

‘Debut Perdana Global’ itu akan akan disiarkan secara langsung menerusi media sosial Toyota Motor Thailand pada jam 4:00 petang (waktu tempatan).

Menurut info di Car News Update, empat pilihan varian bakal ditawarkan di Thailand, iaitu:

  • 1.8 Sport Plus
  • HEV Premium
  • HEV Premium Luxury
  • HEV GR Sport

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Perubahan luaran

Lampu hadapan dan belakang rekaan baharu termasuk rim aloi baharu (kecuali varian Sport Plus), warna baharu Cement Grey Metallic selain Red Mica Metallic, Graphite Metallic Grey dan Nebula Blue.

Perubahan dalaman

  • Penambahan paparan meter perbatuan digital
  • Pencahayaan ambien (varian HEV Premium Luxury dan HEV GR Sport)
  • Meter digital dengan skrin berwarna 7-inci untuk varian 1.8 Sport Plus
  • Unit inforia dengan paparan sesentuh 10.1-inci untuk semua varian dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar
  • Brek parkir elektrik dengan Auto Brake Hold
  • Tambahan dua slot USB-C di belakang
  • Pengecasan nirwayar (varian HEV Premium Luxury dan ke atas)
  • Kamera hadapan dan belakang (varian HEV Premium Luxury dan ke atas)
  • Pilihan warna Dark Rose Red untuk (varian HEV Premium / HEV Premium Luxury).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Keselamatan

  • Penambahan Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA) untuk varian 1.8 Sport Plus.
  • Toyota Safety Sense (kecuali varian 1.8 Sport Plus)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • Pancaran Lampu Tinggi Automatik
  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS )
  • Sistem Amaran Keluar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng
  • Bantuan Kekal Lorong
  • Sistem Bantuan Brek (varian HEV Premium Luxury dan HEV GR Sport)

Adakah Corolla Cross Minorchange 2024 akan tiba ke Malaysia pada tahun ini? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply