ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell V-Power Racing kini 100 peratus membersih dan memperbaharui prestasi enjin anda

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia memperkenalkan kempen pemasaran terbaru untuk bahan api terbaiknya, Shell V-Power, yang kini 100 peratus membersih bahagian enjin kritikal bagi meningkatkan prestasi enjin anda, setiap kali isian, pemanduan demi pemanduan.

Dengan pengalaman lebih seabad dalam inovasi bahan api, formulasi terkini Shell V-Power Racing tampil dengan prestasi dan kecekapan yang tiada tandingan untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan.

Pengurus Besar, Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming berkata, Shell V-Power Racing direka melangkaui bahan api konvensional untuk memaksimumkan prestasi enjin dan memanjangkan keseronokan pemanduan di atas jalan raya dengan setiap isian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dengan saiz yang lebih kecil, enjin moden kini cenderung mendedahkan bahan api kepada keadaan operasi yang lebih sukar di mana kotoran boleh terkumpul. Shell V-Power Racing direka untuk berfungsi dengan lebih berkesan dalam keadaan seperti ini.

Selain daripada membersihkan 100 peratus bahagian kritikal enjin, ia turut memperbaharui sehingga 100 peratus prestasi enjin anda untuk terus beroperasi seperti baharu. Ia kini boleh didapati di semua stesen Shell yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Shell V-Power Racing merupakan komitmen Shell terhadap rangkaian jenama bahan api dan pengalaman runcitnya yang semakin berkembang pesat, menawarkan pengalaman terbaik untuk setiap pelanggan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bahan api terbaik Shell kini:

  • Memberi 3.93 peratus lebih kuasa, 3.69 peratus pecutan lebih cepat
  • Memperbaharui sehingga 100 peratus prestasi enjin anda
  • Satu-satunya bahan api yang digunakan, disyorkan dan dipercayai oleh Scuderia Ferrari

Berucap di Festival FOCM 2024 anjuran Kelab Pemilik Kereta Ferrari Malaysia pada 18 Mei lalu, Lee Ming berkata, Shell V-Power Racing merupakan satu satunya bahan api yang disyorkan oleh pasukan Scuderia Ferrari yang telah memenangi pelbagai kejohanan.

Dikuasakan oleh Shell V-Power Racing, Festival FOCM 2024 merupakan perhimpunan Ferrari terbesar di Malaysia menghimpunkan sebanyak 297 kereta Ferrari untuk bersama sama meraikan warisan sejarah enjin paling berprestij di dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply