ARKIB

KATEGORI

Buletin

XPeng pertontonkan model konsep kereta terbang

Berita Global

Views
XPENG 1024 TECH DAY- Xpeng new Flying Car video full version

Sempena acara 1024 Tech Day, XPeng telah memperkenalkan pelbagai konsep baharu termasuklah sebuah kereta terbang dan ‘kuda padi’ (pony) robotik. Kereta terbang itu dibangunkan oleh bekas ahli gabungan Mobiliti Udara Bandar XPeng, dikenali sebagai HT Aero.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Tiada butiran terperinci didedahkan, namun dikatakan model tersebut telah dibangunkan secara dalaman dan menampilkan pelbagai ciri keselamatan selain reka bentuk ringan dan mekanisme rotor boleh lipat. Semasa kereta itu diparkir, dua pintu “gullwing“nya akan terbuka bagi membolehkan rotor untuk diayunkan ke posisinya.

Kemudian, bilah kipas terbuka dan membolehkan kereta itu untuk berlepas dan mendapat secara menegak. Dari segi reka bentuk, model ini memiliki gaya sebuah supercar yang futuristik dengan menampilkan rekaan aerodinamik dan separuh daripada bahagian tayar belakangnya ditutup.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Kereta terbang ini turut dilengkapi dengan reka bentuk dalaman yang canggih dengan sistem infohibur lutsinar dan paparan digital yang bersepadi dengan stereng. Kita juga dapat melihat pembahagi di bahagian tengah dan butang kawalan unik untuk penerbangan.

Difahamkan XPeng merancang untuk memperkenalkannya pada tahun 2024. Menurut XPeng, kereta ini mempunyai “keupayaan di jalan raya” dan ini memberi gambaran yang model ini ‘halal’ untuk digunakan di jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply