ARKIB

KATEGORI

Tular

Yamaha RX-Z bakal kembali dengan model baharu, betul ke?

Tular

Views

Kecoh di laman sosial baru-baru ini kerana motosikal yang menjadi dambaan peminat permotoran seluruh seantero tanah air, Yamaha RX-Z dikatakan bakal membuat kemunculan semula menerusi model terbaharu.

Menurut KOSMO! ONLINE, namun kali ini, jentera yang begitu terkenal dengan ‘harga Yahudi‘ ini didakwa bakal diproduksikan menggunakan enjin empat lejang.

Beberapa portal permotoran tempatan juga ketika ini telah mengeluarkan foto-foto berkenaan motosikal Yamaha itu dan menggunakan nama baharu iaitu, RX15-Z.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di halaman rasmi Yamaha, motosikal jenama tersebut tiada dalam senarai mereka dan tidak pernah diumumkan bakal menembusi pasaran tempatan.

Pengguna media sosial rata-rata menyifatkan foto yang tular berkenaan pengeluaran motosikal tersebut adalah disengajakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Aku rasa tak akan ada motosikal macam ni dalam pasaran, tidak silap ini satu model motosikal yang ditiru di pasaran India sebelum ini.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

“Motosikal RXZ rasanya sudah tiada pengganti ditambah pula enjin 2 lejang sudah tidak dibenarkan sekarang,” jelas Mat Yurhh.

“Bukan RXZ baru ni, ini jenama yang menjadi replika kepada RXZ. Ada dipasaran India atau Pakistan kalau tidak silap,” jelas Irfan Noor.

Mengikut informasi yang kami perolehi menerusi rakan media di Majalah Kapcai, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries dan HLYM, Datuk Dr Jim Khor ketika ditemui baru-baru ini mengesahkan pihaknya tiada perancangan untuk menghasilkan semula model berenjin dua lejang tersebut.

Jelas beliau, model RX-Z sudah dihentikan lebih sedekad lalu. Ia dihasilkan dengan menggunakan komponen-komponen yang diperolehi dari beberapa negara Asia Tenggara. Walaubagaimanapun, pengeluaran komponen berkenaan telah pun ditamatkan sejak sekian lama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply