ARKIB

KATEGORI

Tular

Tak puas hati dengan Ford Thailand, wanita ini nekad pecahkan cermin Everest miliknya dengan besi

Tular

Views

Seorang wanita di Thailand bertindak nekad merosakkan kereta jenis Ford Everest miliknya menggunakan sebatang besi perejang dengan mendakwa bahawa dia mahukan ‘keadilan, dan bukannya perhatian’, lapor laman berita Thaiger semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Runghathai, 42, bertindak memanjat bonet dan memecahkan cermin hadapan kereta itu kerana menghadapi perselisihan faham yang berterusan dengan syarikat Ford Thailand sejak Mac lalu.

Wanita itu membeli kereta tersebut dengan wang pendahuluan sebanyak 1.48 juta baht (RM180,650) pada 2 Februari lalu. Selepas 30 hari memandu sejauh 938 kilometer, keadaan model SUV itu mula menjadi serba tidak kena.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Pada 4 Mac lalu, Runghathai membawa keretanya ke pusat servis Ford. Menurut mekanik, masalah tidak dapat diselesaikan tanpa mengeluarkan sistem pembersih udara yang dipasang olehnya.

Pusat servis itu mengatur janji temu untuk ‘pembaikan menyeluruh’ bermula pukul 11 pagi hingga 6.45 petang (waktu tempatan) pada 9 Mac lalu. Bagaimanapun, Runghathai tidak boleh pulang tanpa kereta.

Pada keesokan harinya, dia mengunjungi pejabat Lembaga Perlindungan Pengguna cawangan bandar Nakhon Ratchasima dan meminta diberikan kereta baharu model sama atau bayaran balik.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Lembaga itu mengatur untuk menganjurkan mesyuarat dengan pihak Ford bagi menyelesaikan masalah tersebut, namun Runghathai perlu menunggu sehingga 25 Julai.

Disebabkan tiada penyelesaian yang dicapai pada 25 Julai, satu lagi temu janji telah diatur pada 22 September. Namun pada September, Ford memberitahu bahawa Ranghathai tidak boleh memiliki kereta baharu tetapi kereta sedia ada boleh dibaiki.

Wanita berkenaan terkejut dan kecewa apabila penasihat undang-undang menuduhnya merampas kunci daripada mekanik semasa lelaki itu belum selesai membetulkan kereta dan tindakan itu menjadi kesalahannya.

Berang dengan kenyataan tersebut, Ranghathai bertindak memecahkan keretanya. Dia berharap tindakan itu akan menghebohkan kisahnya dan meyakinkan Ford Thailand untuk menggantikan kereta baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply