ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yang di-Pertuan Agong kurnia Toyota Vellfire untuk kegunaan TUDM

Berita Tempatan

Views

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim, semalam. Hantaran tersebut turut berkongsikan tiga keping gambar memaparkan pengurniaan Toyota Vellfire itu kepada TUDM.

Kurniaan daripada Seri Paduka itu telah diterima oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan di Pangkalan Udara Subang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada 8 Mac lalu, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara, bagi mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka.

Turut menerima kurniaan berkenaan ialah Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan pegawai agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.

Selain itu, turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin dan Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada 2010, Sultan Ibrahim juga berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala Proton Suprima kepada semua pegawai daerah di Johor pada 2018.

Dalam menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan, Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, pada September 2020.

Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan Proton X70 kepada tiga doktor sebagai penghargaan di atas khidmat mereka dalam pasukan perubatan Istana Johor pada 2021. – UtusanTV

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply