Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal mengadakan siri ‘jerayawara’ di seluruh Malaysia bagi memperkenalkan model terbaharunya, GWM Tank 300.
SUV ‘off-road‘ bercirikan lasak dan mewah ini bakal membuat penampilan pertamanya sebagai model perintis dalam siri Tank di Malaysia. Jerayawara ini akan berlangsung di lokasi-lokasi berikut:
Tarikh | Lokasi |
19/04/2024 – 21/04/2024 | AEON Mall Kuching Central, Sarawak |
24/04/2024 – 28/04/2024 | Queensbay Mall, Penang |
25/04/2024 – 28/04/2024 | Sunway Pyramid, Selangor |
26/04/2024 – 28/04/2024 | Vivacity Megamall, Sarawak |
08/05/2024 – 12/05/2024 | Ipoh Parade, Perak |
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Acara jerayawara ini bakal mempamerkan barisan model di bawah jenama GWM yang kini dipasarkan di Malaysia, termasuk lah ORA Good Cat dan coupe elektrik ORA 07.
Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyaksikan sendiri SUV hibrid segmen C yang akan datang, iaitu GWM Haval H6 HEV secara eksklusif, selain GWM Tank 300.
GWM Tank 300 adalah SUV ‘off-road‘ versatil yang menggabungkan aspek kemewahan dan pengembaraan, di samping kelengkapan serta ciri-cirinya yang mengagumkan.
Kenderaan pacuan empat roda 4×4 ini dilengkapi dengan kunci pembezaan (differential lock) hadapan dan belakang, bagi membolehkannya untuk menakluki sebarang jenis permukaan laluan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
GWM Tank 300 kini mengungguli kedudukan teratas dalam pasaran SUV ‘off-road‘ di China, dengan bahagian pasaran melebihi 50 peratus, dan telah mengekalkan kedudukannya sebagai SUV ‘off-road‘ terlaris selama 39 bulan berturut-turut.
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui An Qi, berkata, pihaknya sentiasa komited untuk menawarkan pilihan ideal kepada penggemar pemanduan ‘off-road‘ agar dapat mengendalikan ‘tank’ mereka dengan keselesaan dan keselamatan yang optimum.
Selain daripada siri acara jerayawara ini, GWM Tank 300 juga bakal dipamerkan secara eksklusif di bilik pameran GWM yang terpilih di di lokasi-lokasi berikut:
Tarikh | Bilik Pameran |
20/04/2024 – 21/04/2024 | GWM Jalan Ipoh GWM Penang |
27/04/2024 – 28/04/2024 | GWM Seremban |
04/05/2024 – 05/05/2024 | GWM Ipoh GWM Sg Besi GWM Kota Damansara |
11/05/2024 – 12/05/2024 | GWM Setia Alam |
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI