Kia Motors Corporation akhirnya menayangkan imej rasmi pertama minivan aras perdana mereka, generasi ke-4, Carnival. Model yang juga dikenali dengan nama Sedona di beberapa negara, tampil dengan rekaan serba baharu yang mirip gaya SUV.
Model yang digelar ‘Grand Utility Vehicle’ ini dibina dari pelantar model generasi ke-3. Dari luar, ia menampilkan identiti rekaan keluarga terkini KIA dengan muncung depan lebih pendek, manakala ‘tiang-A’nya telah dianjak ke belakang sedikit bagi memberi visual hud yang lebih panjang.
Jarak gandar yang bertambah turut menyumbang kepada ruang kabin yang lebih lapang, pada masa yang sama menjadikan kereta ini lebih panjang dan nampak lebih atletik. Salah satu keunikan rekaan Carnival adalah rekaan ‘bumbung apung’ yang terhasil apabila tiang-A dan B dihitamkan dengan bumbung berwarna berada di atas.
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
Satu lagi ciri menarik pada rekaan Carnival serba baharu ialah tiang-C yang diinspirasikan dari model generasi baharu Sorento. Kemasan krom yang melingkari cermin belakang dan bersambung dengan pintu belakang, dihiasi dengan corak berbentuk berlian.
Carnival menampilkan ‘wajah harimau’ baharu yang kelihatan lebih futuristik dengan jeriji ikonik ‘hidung harimau’ yang lebih besar, cuma penulis agak ‘kurang berkenan’ dengan kemasan dalam jeriji yang nampak agak berserabut. Lampu depan Carnival digabungkan dengan lampu siang LED (DRL) membentuk satu identiti yang unik.
Lampu tingginya digabungkan ke bahagian sudut jeriji ‘hidung harimau’, manakala lampu rendah pula pada bucu luar bahagian depan kereta. Lampu DRL berada di antara dua lampu tersebut dan melingkari lampu signal, kemudian ia menurun ke bawah lalu masuk terus dengan bingkai krom jeriji di bawah.
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
Di belakang, kelihatan lebih lebar dengan rekaan lampu belakang nipis serta memanjang yang bersambung antara satu sama lain. Jejalur lampu di dalamnya turut membentuk lekuk yang hampir sama dengan lampu DRL di hadapan.
Di bawah lampu tersebut terletaknya ruang untuk nombor plat dan di bawahnya pula kelihatan satu lekuk memanjang yang memisahkan bahagian bampar. Plat gelincir yang berada di bahagian tengah bawah bampar pula melengkapi gaya inspirasi SUV sekali gus memperlihatkan gaya lasaknya.
Carnival bakal berada di pasaran domestik Korea pada suku ketiga 2020, manakala jualan di peringkat global dijangka menyusul kemudian. Butiran lanjut mengenai model ini akan diumumkan oleh KIA dalam masa yang terdekat. Nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
KOMEN TERKINI