ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Axia facelift bakal dilancar 20 Januari 2017

Views

Jika semalam kami mendapat maklumat mengenai Perodua Axia facelift, hari ini kami mendapat beberapa maklumat terkini dan sahih mengenai model buatan nasional pertama bagi tahun 2017 itu. Tempahan bagi model Axia facelift akan mula dibuka pada 13 Januari nanti (Jumaat ini). Pelancaran rasminya pula akan dibuat pada 20 Januari 2017 dan pada tarikh yang sama juga berlangsungnya karnival MYPerodua Nation di tapak parkir Aeon Mall Shah Alam.

Axia facelift bukan sekadar perubahan kosmetik semata-mata, tetapi ia bakal tampil dengan beberapa ciri baharu yang menarik. Antara ciri ciri tersebut adalah :

1. Enjin VVT-i baharu yang turut digunakan pada model Bezza
2. Rekabentuk bumpar dan lampu hadapan serba baharu (seakan Honda Jazz)
3. Butang penghidup enjin (untuk varian Advanced dan SE sahaja)
4. Pemain DVD dan sistem navigasi GPS dengan Mirror Link (untuk varian Advanced sahaja)
5. Bonnet belakang dengan pemegang pintu
6. Warna Cherry Blossom dan Lemon Grass Green tidak akan dikeluarkan lagi

Harga model ini dijangka diumumkan pada 13 Januari dan akan berlaku sedikit kenaikan harga antara RM1K sehingga RM2K bergantung kepada varian. Stok lama untuk 2017 tidak lagi dikeluarkan dan pihak Perodua tidak akan mengambil tempahan lagi untuk model lama untuk memberi laluan kepada Axia facelift nanti. Jom kita tunggu kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

axia-facelift-2017

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

18 Comments

Leave a Reply