ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Foto dan video risikan Saga R bersama Persona R di Lebuhraya Kajang Silk

Views

Proton semakin giat menguji dua model terbaharu, Saga R dan Persona R yang bakal dilancarkan pada tahun ini. Dua unit ujian Saga R dan Persona R ini telah ditemui oleh rakan kita Payed Laa di Lebuhraya Kajang Silk, dua hari yang lalu. Payed sempat merakam foto dan video kedua-dua model tersebut. Jom kita saksikan!

Video risikan Saga R dan Persona R di Lebuhraya Kajang Silk dari rakan kita Payed Laa

Posted by funtasticko.net on Sunday, 6 March 2016

persona r - kajang silk saga r - kajang silk 1 saga r - kajang silk 2 saga r - kajang silk 3 saga r - kajang silk 4

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

12 Comments


  • Sedikit kecewa kerana A-pillar Saga R kelihatan hampir sama dengan Saga blm/fl/flx.. mungkin faktor kos dan masa Proton hanya membuat sedikit rombakan di bahagian hadapan.

    Apa pun, sy yakin Saga R adalah sebuah model yang menarik untuk dipandang dan harga yang mampu milik bagi mereka yg berpendapatan sederhana


  • perdana – dari accord gen 8
    persona = iriz sedan
    saga R – platform saga flx

    kalau diperhalusi 3 model yg keluar tahun ni, rasanya ia bukan totally new model. namun ia merupakan satu langkah strategik proton untuk menjual 3 model baru tanpa menunggu masa yang lama.

    mungkin tahun depan proton sudah boleh berkira keluarkan pengganti exora di samping pengenalan rebadge suzuki ertiga.

    namun agak mengecewakan kerana tiada apa2 perkembangan tentang Preve FL.


    • Preve dilancarkan pada 16 April 2012.. Skang ni dah 08 Mac 2016, dh hampir 4 tahun berlalu.. Lebih baik Proton re-design Preve tu.. Keluarkan 2nd generation Preve..

      Exora plak dilancarkan pada 15 April 2009.. Skang ni dah 08 Mac 2016, dh hampir 7 tahun.. Sesuai sgt dah re-design dan keluarkan generasi ke-2.. Maybe Proton nak keluarkan Ertiga utk bersaing dgn Alza, Grand Livina & Avanza & upgrade Exora utk bersaing dgn Innova..


      • Seteru preve, mcm mazda3 dan Honda civic.. model ni tampil dengan rekaan boot yang pendek.. ciri2 ini ada pada Preve.. Cuma, mazda3 dan civic 2016 tampil dengan design bonet hadapan yang penjang dan centre of gravity yg lebih rendah, berlawanan dengan design Preve

        Sy rasa facelift Preve akan keluar dengan padanan enjin GDI turbo.. mungkin akan menjelma lagi 2 tahun.. bersama dengan rekaan hadapan dan belakang yang lebih fresh, sure akan lebih meletop


    • Saga R rasa mcm pakai frame saga FLX walaupun belum dgr siapa confirm ini. Asalkan designer Proton pandai ubahsuai rekaan luar dan dlm supaya ia nampak mcm kereta baru dpt jimat kos saing sedan Perodua. Adakah perasan myvi, Jazz, triton, avanza, navara, kia sportage latest gen semua pakai frame gen lama? tapi mungkin ramai xperasan sebab designer mereka pandai sembunyikan struktur lama dgn design baru yg tangkap mata.


  • Sorry mcm tak ‘wow’ je saya rasa.. tak berkenan la nape Pillars ‘A’ mcm copy paste old SAGA BLM. Curve kt passenger door tu pun sama.. sharp mcm SAGA BLM.. overall nmpak mcm menarik sgt. Harap2 betul2 production nanti looks better.


  • kecewa untuk dilihat…kecewa lagi bila dimiliki – patutnya proton buat motto baru ‘FALSE PROMISES’ atau JANJI DICAPATI…..ramai fanboy debor2 time launch bila beli menyesai bukan main…low reliability…anyway mmg ABS brake system proton kaput ke bila kete dah 5 tahun? baru jadi mgg lepas…tahniah proton

Leave a Reply