ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran Perodua Myvi generasi ke-3 rekaan Irfendy Mohamad!

Views

Hingga setakat ini Perodua cukup ketat menjaga rahsia Myvi generasi ke-3 yang dikatakan dalam fasa pengeluaran. Risikan kami dari sembang laman sosial juga gagal mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, namun ada yang mengatakan model yang paling ‘mistik’ dan dinanti-nantikan itu bakal dilancarkan pada pertengahan bulan Oktober 2017. Kami tidak boleh mengesahkannya kerana tiada info langsung mengenai perkara tersebut.

Rakan kami Irfendy Mohamad atau lebih dikenali dengan fenoria.com yang kini sedang berkhidmat dengan salah satu vendor Toyota di Jepun tampil untuk mengeluarkan Myvi generasi ke-3 versinya. Dengan menggunakan model Passo Moda/Daihatsu Boon Cilq sebagai asas rekaannya, versi fenoria.com tampak lebih garang dari hadapan, terutama di bahagian bampar yang sporty.

Di belakang pula, bahagian lampu telah diolah dengan bentuk lebih memanjang dengan rekaan bampar yang nampak lebih maskulin dan moden, sekaligus lari dari imej kereta untuk makcik ke pasar dari model penderma yang asal dari Jepun. Secara keseluruhan rekabentuk ini memang agak digemar oleh peminat hatchback kompak di Malaysia. Apa pendapat anda mengenai rekaan ini?

BACA >> Lima perkara yang membuatkan Myvi begitu tersohor di Malaysia

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply