ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kia Sportage ditempat teratas Kajian Kenderaan Dipercayai 2016

Views

Menurut Kajian Kenderaan Dipercayai 2016 yang dibuat oleh J.D. Power, Kia Sportage telah berjaya menduduki tempat pertama hasil dari kualiti dan kebolehpercayaannya. Kajian kualiti produk jangka panjang yang telah dijalankan di Eropah mendapati kecacatan produk Kia Sportage sangat sedikit untuk setiap 100 kereta (PP100) iaitu 45 PP100. Ia bukan sahaja menjadikannya pemenang dalam segmen SUV Kompak, malah turut berada dikedudukan teratas antara 68 model dari 24 pengeluar secara keseluruhan.

Kia Sportage menunjukkan tiada kelemahan dalam displin kajian dan fakta tersebut membolehkannya mendapat rating terbaik dalam kategori untuk luaran, dalaman dan penghawa dingin. Kajian Kenderaan Dipercayai dijalankan setiap tahun dan ia juga merupakan kajian kepuasan jangka panjang terbesar pemilik kereta di Jerman. Untuk tahun ini, J.D. Power meninjau seramai 15,453 pengguna jalan raya.

Dilancarkan di Malaysia pada Mei lalu dan mula memasuki pasaran Malaysia Timur pada bulan Ogos, Kia Sportage menawarkan rekabentuk dengan gaya yang tersendiri, rekaan dalaman yang menawan, dilengkapi teknologi yang canggih dan ciri ciri termaju khusus untuk menawan pasaran SUV di Malaysia. Sportage juga merupakan pemenang Rekabentuk Produk, Anugerah Red Dot 2016 dan turut memenangi anugerah Top Safety Pick+ 2016 yang dilakukan oleh Insitut Insurans untuk Keselamatan Lebuhraya (IIHS). Ia juga merupakan model jualan global terlaris Kia pada 2016 dengan jualan mencecah 349,431 unit sehingga Ogos 2016.

Kia Sportage didatangkan dengan dua varian, Kia Sportage Kx yang dijual pada harga RM121,888 (harga-atas-jalan di Semenanjung Malaysia) dan Kia Sportage GT Line yang berharga RM141,888 (harga-atas-jalan di Semenanjung Malaysia). Kedua-duanya didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan mengikut terma dan dan syarat.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply