ARKIB

KATEGORI

Buletin

10 polis trafik disiasat, JIPS Bukit Aman jumpa tunai RM3,753 dalam beg dan kenderaan

Berita Tempatan

Views

Sepuluh anggota polis trafik sebuah daerah di Selangor disiasat berhubung penemuan wang tunai RM3,753 pada beg dan kenderaan mereka ketika menjalankan sekatan jalan Op Alkohol, awal pagi tadi.

Mereka terdiri daripada seorang pegawai berpangkat Inspektor dan sembilan anggota lain-lain pangkat sarjan, koperal, lans koperal dan konstabel.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata satu kertas siasatan tatatertib sudah dibuka bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen rasuah atau sebaliknya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Siasatan itu susulan pemeriksaan oleh pasukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman ke atas 10 pegawai dan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang menjalankan Op Alkohol pada jam 2.30 pagi tadi.

“Pada pemeriksaan itu, pasukan JIPS Bukit Aman mendapati salah seorang anggota trafik berpangkat Sarjan memiliki wang tunai kira-kira RM3,313 selain wang tunai berjumlah RM440 dalam sebuah kereta.

“Satu Kertas Siasatan Tatatertib telah dibuka ekoran laporan polis berhubung kes terbabit untuk mengenal pasti kemungkinan rasuah atau pelanggaran prosedur trafik,” katanya kepada BH, hari ini.

Tambah beliau, buat sementara waktu, semua pegawai dan anggota trafik yang sedang disiasat itu akan dikeluarkan daripada pasukan penguat kuasa BSPT sehingga siasatan selesai.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Terdahulu, tular di media sosial satu laporan polis berhubung kes itu dan mengesyaki wang tunai yang ditemui itu berpunca daripada sumber tidak sah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid yang dihubungi memaklumkan semua anggota terbabit ditukarkan serta merta sebaik sahaja siasatan dilakukan.

Semua mereka masih bertugas di daerah ini, tetapi ditempatkan di bahagian bersesuaian sehingga siasatan selesai dijalankan. Siasatan sedang dilakukan bagi mengetahui punca wang yang ditemukan.

“Saya jamin kita akan jalankan siasatan secara telus dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya kita dapati terdapat kesalahan salah laku,” katanya – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kredit Bernama

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply