ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syarikat milik Vincent Tan dilantik pengedar kereta Lotus di UK

Berita Global

Views

HR Owen, pengedar kenderaan mewah utama United Kingdom (UK), menambah Lotus ke dalam barisan jenama kereta ikonik di dunia yang diedarkannya.

Kerjasama itu menandakan pencapaian bermakna, kerana HR Owen menjadi peruncit terbaharu bagi Lotus di UK, memperkenalkan model seperti Evija, Emira, Eletre, dan Emeya yang baru dilancarkan dalam senarai pelanggan terkemukanya.

“Di HR Owen, menjadi visi pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan (Chee Yioun) yang membolehkan kami terus disejajarkan dengan jenama-jenama yang mendorong prestasi dan kemewahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HR Owen, Ken Choo dalam satu kenyataan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata, dedikasi Lotus terhadap inovasi dan pengenalan model elektrik seperti Emeya adalah sejajar dengan visi kumpulan, dan ia amat teruja untuk menawarkan kenderaan ‘luar biasa’ ini kepada pelanggan.

Bilik pameran baharu Lotus itu berada di Hatfield, terletak di kemudahan baharu HR Owen yang menempatkan bilik pameran dua tingkat Ferrari, selain pengedar Lamborghini, Maserati dan Bentley.

Ketua Pegawai Komersial Lotus, Mike Johnstone, berkata reputasi global HR Owen dan asas pelanggan terkemuka syarikat itu menjadikan ia rakan baharu yang ideal bagi Lotus di UK.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Tapak Hatfield adalah mudah diakses terletak di utara London, dan akan meningkatkan keterlihatan jenama di bahagian tenggara England,” katanya.

HR Owen mempunyai sejarah lebih 90 tahun dalam jualan dan servis kereta mewah, mengendalikan pengedaran berprestij seperti Jack Barclay Bentley di Mayfair dan satu-satunya Rakan Servis Bugatti di UK.

Kumpulan itu mewakili barisan jenama elit termasuk Aston Martin, Bentley, Bugatti, Ferrari, Lamborghini, dan Maserati.

HR Owen berkata, kumpulan itu telah membina reputasi dalam perkhidmatan pelanggan berkelas dunia, dengan dua daripada pengedarannya dinamakan sebagai yang terbaik di dunia oleh pengeluar masing-masing pada 2023 iaitu Rolls-Royce Motor Cars London dan Lamborghini Manchester. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit HR OWEN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply