ARKIB

KATEGORI

Buletin

16 kakitangan Proton dihantar ke Hangzhou, pelajari tentang NEV selama enam bulan

Berita Tempatan

Views

Proton telah menghantar 16 kakitangan pertamanya ke Hangzhou, China bagi menyertai latihan selama enam bulan untuk mempelajari tentang kenderaan tenaga baharu (NEV).

Mereka akan ditempatkan di Institut Penyelidikan Geely di Ningbo dan dilatih dalam pelbagai bidang yang melibatkan pembangunan, penyepaduan, pembuatan dan jualan serta perkhidmatan untuk kenderaan generasi baharu yang bakal diperkenalkan nanti.

Ahli rombongan itu terdiri daripada pekerja industri berpengalaman dan jurutera muda yang lulus dari Program Bakat Muda Syarikat.

Lebih ramai kakitangan akan dihantar pada masa hadapan memandangkan Proton memerlukan pengetahuan teknikal daripada Geely untuk membangunkan rangkaian NEVnya sendiri.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, salah satu matlamat perkongsian bersama Geely adalah untuk Proton mempercepatkan jadual pembangunan modelnya dengan menggabungkan teknologi yang sedia ada daripada Geely.

Matlamat itu berjaya dicapai dan kini, pihaknya memanfaatkan pengalaman global kumpulan dalam NEV untuk memberi rangsangan kepada jadual masa pembangunan model kami sendiri.

Sepatutnya program ini dimulakan lebih awal tetapi ia telah ditangguhkan akibat pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, dengan kelonggaran terhadap sekatan perjalanan baru-baru ini, Proton kini boleh meraih manfaat sebagai salah satu jenama automotif kolektif yang paling pelbagai dan berfikiran ke hadapan.

Selain daripada melatih pekerja dalam pelbagai aspek NEV, latihan kerja di China akan membantu dalam menentukan spesifikasi akhir untuk produk seperti smart #1, EV pertama yang dijual oleh anak syarikat NEV Proton, PRO-NET yang akan tiba pada suku keempat tahun 2023.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Oleh kerana corak penggunaan dan tingkah laku pengguna berbeza dari negara ke negara, maklum balas daripada kakitangan Proton adalah penting untuk memastikan ia memenuhi keperluan pembeli Malaysia.

Program latihan ini juga akan membantu mengukuhkan usaha kerjasama apabila kakitangan Proton terlibat dalam pelbagai bidang lebih awal dalam proses pembangunan untuk memperhalusi tawaran yang akan datang demi mencapai jangkaan pasaran tempatan.

Sebelum berlepas pada 10 Disember, setiap ahli kumpulan diberi peluang untuk bercakap dengan pengurusan kanan Proton mengenai jangkaan dan matlamat mereka untuk program latihan tersebut semasa majlis pelepasan.

Bagi kebanyakan ahli kumpulan, ini adalah kali pertama mereka bekerja di negara asing, tetapi mereka semua teruja dengan peluang yang diberikan dan komited untuk berkongsi pengalaman mereka dengan rakan sekerja apabila kembali nanti.

Tambah Li Chunrong, pengalaman dan latihan yang mereka perolehi bukan sahaja akan memberi manfaat kepada syarikat tetapi secara tidak langsung, ia juga akan membantu meningkatkan tahap kemahiran industri automotif Malaysia apabila lebih ramai kakitangan dihantar untuk latihan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply