ARKIB

KATEGORI

Buletin

17 MPV dari 5 daerah turun hambat ‘tokan dadah’

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki tempatan yang disyaki mengedar dadah ditahan ketika cuba melarikan diri selepas dikejar 17 kereta peronda polis (MPV) di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Johor Bahru, semalam. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, lelaki berusia 45 tahun yang memandu Toyota Altis itu ditahan di susur keluar Simpang Renggam, Kluang pada jam 8 malam.

Katanya, pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ekstasi. Jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM50,000. Tambahnya, kejadian berlaku ketika anggota polis dari Cawangan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS melakukan tugas ronda cegah jenayah dan Kawalan Pergerakan COVID-19.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Semasa rondaan di Jalan Lembing, Taman Sri Tebrau pada jam 7.15 malam, mereka melihat sebuah kereta berwarna putih dalam keadaan mencurigakan. Anggota polis bertindak mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan namun suspek bertindak memecut bagi tujuan melarikan diri ke arah Jalan Kasa dan keluar ke Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) dengan memandu dalam keadaan berbahaya.

Menurutnya, dalam kejadian terbabit, anggota polis itu dibantu oleh anggota polis dari Cawangan MPV dengan membabitkan 17 kereta peronda polis dari lima daerah. Ia membabitkan lapan MPV dari IPD JBS, lima MPV IPD Johor Bahru Utara serta masing-masing sebuah MPV dari IPD Iskandar Puteri, IPD Kulai dan IPD Kluang serta dari Peronda Lebuhraya.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Tambahnya, polis berjaya menahan suspek di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan arah utara. Hasil semakan mendapati kenderaan yang digunakan suspek didaftarkan atas nama syarikat kereta sewa. Semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyal beberapa rekod jenayah dan kes dadah.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 2 Februari depan. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Cawangan Mpvkluang

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply