ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell bakal membeli rangkaian pengecasan kenderaan elektrik terbesar UK, ubitricity

Berita Global

Views

Reuters melaporkan, Royal Dutch Shell mengumumkan mereka bakal membeli kepentingan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik terbesar UK, ubitricity dengan nilai yang tidak didedahkan. Perjanjian untuk memperoleh syarikat yang mempunyai lebih dari 2.700 stesen pengecasan jalanan di negara itu dijangka selesai akhir tahun ini.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Menurut penganalisis industri dan pengedar kereta, jualan kenderaan elektrik dijangka terus melonjak pada tahun 2021. Ketika ini lebih banyak model dibawa masuk ke pasaran dan kerajaan juga telah mendorong penggunaan tenaga yang lebih bersih untuk mencapai sasaran iklim.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Suruhanjaya Eropah telah menggariskan rancangan untuk memperketat had CO2 kereta sebagai sebahagian daripada cadangannya untuk sasaran iklim EU 2030. Menerusi satu kenyataan, Shell berkata pengambilalihan ini menandakan pengembangan syarikat tersebut ke pasaran pengecasan EV jalanan yang berkembang pesat

Ia sekali gus membantu mereka meningkatkan tawaran pengecasan EV secara keseluruhannya. Gergasi minyak itu juga kini menyasarkan untuk menjadi syarikat perniagaan tenaga pelepasan-sifar menjelang 2050 atau lebih awal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply