ARKIB

KATEGORI

Buletin

171 kematian direkodkan sepanjang 11 hari Op Selamat 16

Berita Tempatan

Views

Op Selamat 16 sempena perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini telah merekodkan sebanyak 171 kematian dan 155 kes kemalangan maut dalam tempoh 11 hari sehingga semalam. Menurut Bernama, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, jumlah kematian tertinggi adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 112 kematian.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Jelas beliau, negeri Selangor mendahului statistik bilangan kematian dengan 29, diikuti Johor (22), Sarawak (18), Pahang (17), serta Kedah dan Kelantan masing-masing 15. Secara keseluruhan, Azisman berkata 16,942 kes kemalangan jalan raya direkodkan membabitkan 25,171 kenderaan sepanjang Op Selamat berkenaan. Katanya, Selangor turut mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 4,702 kes, diikuti Johor (2,676), Kuala Lumpur (1,834) dan Perak (1,430).



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Sepanjang tempoh itu juga, menurutnya sebanyak 290,567 saman dikeluarkan dengan 182,538 atau 62.8 peratus daripadanya membabitkan enam kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garis berkembar. Op Selamat 16/2020 yang dilancarkan pada 18 Januari akan diteruskan sehingga 1 Februari.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply