ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah bakal terima hukuman lebih berat

Berita Tempatan

Views

Semalam Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, kabinet telah bersetuju untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian.

Menurut Bernama, menteri tersebut berkata tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 akan dikaji semula bagi memperketatkan undang-undang sedia ada dengan hukuman yang lebih berat.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Loke berkata, kementeriannya akan memulakan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan agensi berkaitan untuk membolehkan pindaan itu dibawa ke Parlimen seawal bulan Julai.

Mengenai Seksyen 45 berhubung tahap kepekatan alkohol pemandu yang dicadangkan untuk dipinda, Loke berkata undang-undang di Malaysia buat masa ini menghadkan 80 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah berbanding piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah.

Dalam sidang media pasca Kabinet di kementeriannya beliau berkata, peruntukan sekarang lebih longgar berbanding piawaian antarabangsa, WHO. Turut akan dipinda ialah Seksyen 41 mengenai pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian yang kini sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun; dan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Pindaan Seksyen 44 pula mengenai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah yang kini jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun atau tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak melebihi RM20,000.

Mengulas cadangan kerajaan Taiwan untuk mengenakan hukuman mati ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut, Loke berkata Malaysia tidak perlu mengikut undang-undang negara lain. Katanya, negara kita mempunyai undang-undang sendiri dan tidak semestinya perlu mengikut undang-undang negara lain.

Tambah beliau lagi, itu dalah perkara yang akan dibincangkan berdasarkan piawaian antarabangsa dan hukuman yang lebih berat dan ketat akan dikenakan. Namun ia perlu mendapatkan input daripada pelbagai pihak terlebih dahulu sebelum menentukan jenis hukumannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply