ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dakwaan Najib pencarum KWSP bakal rugi susulan penstrukturan semula konsesi tol tidak berasas – Tony Pua

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, dakwaan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal mengalami kerugian susulan langkah kerajaan memperkenalkan penstrukturan semula konsesi tol PLUS Malaysia Berhad (PLUS), adalah tidak berasas.

Menurut Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Tony Pua, Najib telah memetik kenyataan daripada pihak kerajaan bahawa jumlah penjimatan pengguna tol sepanjang baki konsesi adalah RM26 bilion, manakala jumlah penjimatan kerajaan sepanjang baki konsesi adalah RM42 bilion.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Bagaimanapun, katanya, Najib telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘jumlah kerugian yang ditanggung oleh pencarum KWSP dan pengguna tol masa depan sepanjang baki konsesi’ ialah RM68 bilion, atau dengan mencampurkan kedua-dua jumlah RM26 bilion dan RM42 bilion.

Jelas beliau, penjimatan kerajaan sepanjang baki konsesi sebanyak RM42 bilion adalah terdiri daripada pampasan sebanyak RM26 bilion yang perlu dibayar oleh kerajaan jika kadar tol semasa dibekukan sehingga akhir konsesi sedia ada akibat kadar tol yang akan dinaikkan 5 peratus setiap tiga tahun.

Tambahnya, ia termasuk pampasan tambahan sebanyak RM14 bilion yang perlu dibayar oleh kerajaan oleh kerana pemberian diskaun tol 18 peratus daripada kadar semasa mengikut konsesi sedia ada, serta hutang semasa yang tertunggak sebanyak RM2 bilion yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada PLUS.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Oleh sebab itu, pencampuran RM26 bilion dengan RM42 bilion oleh Najib langsung tidak berbangkit, tidak logik dan tidak masuk akal. Beliau yang juga merupakan anggota Parlimen Damansara berkata seperti yang telah diumumkan, nilai ekuiti PLUS yang dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan KWSP akan dikekalkan dan dilindungi melalui penerbitan bon oleh PLUS kepada pihak pemegang saham.

Tegas beliau, bayaran dividen daripada KWSP kepada pihak pekerja Malaysia tidak akan terjejas. Pua berkata, menurut formula kerajaan, pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun yang besar manakala kerajaan akan mendapat penjimatan susulan hutang kepada PLUS dihapus-kirakan dan pampasan untuk diskaun tol tidak perlu lagi dibayar sepanjang konsesi,

Kata beliau lagi, seperti yang disahkan oleh Menteri Kewangan pada minggu lalu, rakyat Malaysia akan menikmati diskaun tol sebanyak 18 peratus mulai 1 Februari 2020. Ia adalah selaras dengan janji manifesto Pakatan Harapan yang berjaya dilaksanakan tanpa merugikan kerajaan atau pembayar cukai Malaysia. Sebaliknya, penjimatan yang diterima oleh kerajaan akan dapat diperuntukkan semula kepada semua rakyat seluruh negara dalam bentuk kebajikan atau pembangunan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply