ARKIB

KATEGORI

Buletin

25 bilik pameran myTukar akan dibuka dalam tahun ini

Berita Tempatan

Views

myTukar mengembangkan lagi sayapnya tahun ini dan akan membuka hampir 25 buah bilik pameran dan pusat pengalaman runcit di seluruh negara.

Selain dari platform digitalnya, oulet baharu ini bakal menampilkan barisan kenderaan terpakai terkini dalam pasaran.

myTukar juga akan melancarkan pusat pengalaman runcit yang merupakan pusat sehenti buat pelanggan yang memberikan perkhidmatan kereta terpakai secara komprehensif.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Ia menawarkan segala aspek pemilikan kereta dari pembelian sehingga servis dan penyelenggaraan kenderaan. Antara lokasi bilik pameran myTukar adalah di Perak, Kedah, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Lembah Klang, Johor, Seremban, dan banyak lagi.

Menurut CEO myTukar, Derrick Eng, dengan adanya outlet fizikal, pihaknya kini dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan serta memberikan mereka lebih banyak akses kepada pelbagai jenis kenderaan berkualiti,

myTukar kini mencatatkan peningkatan sekitar 15-20 peratus dalam jualan kereta terpakai dan menjangkakan ia berkembang pesat pada tahun 2022.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Ini berikutan beberapa faktor, antaranya kekurangan bekalan cip semikonduktor yang memberikan impak kepada pengeluaran kereta baharu dan harga kereta baharu yang tinggi.

myTukar merupakan pasara dalam talian yang menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan untuk semua aspek pemilikan kereta, dengan lebih 4,000 penjual.

Platform pembidaan digital jenama itu membolehkan pengguna membeli atau menjual kenderaan mereka dengan mudah, dari rumah mereka sendiri sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply