ARKIB

KATEGORI

Buletin

R3 bakal hasilkan komponen prestasi untuk Proton dan model edisi khas

Berita Tempatan

Views

Bahagian sukan permotoran Proton, atau lebih dikenali dengan R3 sememangnya sinonim dengan penghasilan komponen prestasi dan juga model edisi khas di kala zaman kegemilangan mereka terdahulu.

Mereka kini ‘kembali bertatih’ dan buat permulaan Proton memperkenalkan model R3 Limited Edition sebagai tanda kembalinya jenama sukan permotoran ke pasaran, namun ia hanyalah sekadar kosmetik semata-mata.

Baru-baru ini, mereka melangkah setapak lagi dengan melancarkan rangkaian pelincir dan barangan baharu bagi membina semula hubungan dengan peminat dan meningkatkan kembali reputasi jenama itu.

Dan yang terbaharu, menurut rakan media kami di EngearTV, R3 dilaporkan akan kembali seperti dahulu, bukan sekadar operasi perlumbaan tanpa sebarang barangan prestasi untuk kereta.

Dalam temubual bersama CEO Proton Global Sales (PGS), Lee Yeet Chuan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah baru-baru ini, mereka berjaya merungkai serba sedikit mengenai hala tuju R3 pada masa depan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Menurut Yeet Chuan, pihaknya berharap untuk memberikan kelengkapan prestasi untuk kereta hingga aksesori dan mungkin selepas itu penalaan prestasi enjin.

Tambahnya, mereka akan cuba memilih beberapa model dari Proton yang boleh diubah suai dan menjualnya kepada peminat R3.

Roslan pula menambah, mereka bakal menghasilkan model edisi khas yang lebih dari sekadar kosmetik. Pihaknya juga mahu menawarkan prestasi sebenar R3 yang boleh dipandu di jalan raya seperti sebelum ini.

 

Namun katanya, buat masa ini ia masih pada peringkat kajian dan paling penting beliau tidak mahu model R3 tetapi bila dilihat pada geran hanya ditulis Proton Saga.

Pihaknya mahu menghasilkan model R3 yang ada dalam geran pendaftaran dan bagi merealisasikannya, akan ada banyak proses tambahan dan mahu menyesuaikannya dengan harga.

Jelasnya, bagi membolehkan kereta itu mendapat nama R3 pada geran, ia akan melibatkan proses seperti menambah varian baharu dan perlu menjalani proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Tambah Roslan lagi, mereka masih mengkaji pilihan-pilihan yang ada sekiranya tidak mendapatkan nama R3 pada geran.

Berkenaan model, Roslan menjelaskan sebarang model boleh dijadikan R3. Jelasnya, sebagai contoh sekarang mereka ada Saga dan Iriz, dan ia akan dimulakan dengan model-model ini.

Mereka juga akan mengkaji akan peluang dan kemungkinan untuk menjadikan model SUV, X50 dan X70 sebagai salah satu model R3.

Walaubagaimanapun menurut Roslan, model talaan R3 ini juga tidak semestinya dihasilkan sebagai model produksi, sebaliknya mungkin menjadi prototaip untuk menilai minat dan penerimaan awam.

Dengan respon dari prototaip itu, R3 mungkin akan menawarkan servis talaan dan ubahsuai untuk kenderaan pelanggan tanpa dicatatkan pada geran.

Yeet Chuan pula mengesahkan bahawa R3 akan menawarkan produk-produk prestasi seperti suspensi, kit badan, pelekat kustom dan set rim dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply