ARKIB

KATEGORI

Info

3 pakej aksesori bakal ditawarkan oleh Proton – Lifestyle, R3 Sports dan Proton Design

Info

Views

Nampaknya pemilik Proton selepas ini bakal disajikan dengan beberapa seleksi aksesori tulen dari pengeluar kereta tersebut pada masa akan datang. Menurut laman sesawang Geely, pasukan pereka Proton yang diterajui oleh Azlan Othman bukan sahaja giat membangunkan model baharu, malah mereka bakal mengembangkan pilihan aksesori untuk pelanggan menaiktaraf kereta kesayangan masing-masing dengan gaya yang tersendiri.

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Tiga pakej aksesori bakal ditawarkan, iaitu pakej Lifestyle, R3 Sports dan Proton Design. Pakej Lifestyle menawarkan lebih keselesaan dan kemudahan, sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Bagi penggemar prestasi, pakej R3 Sports akan membolehkan anda meningkatkan prestasi kereta sehingga 30 peratus, menerusi penambahan spoiler dan pengecas turbo tambahan.



JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

Pakej Proton Design pula bakal memberi lebih penghalusan kepada rupa kereta, menjadikannya lebih bergaya menerusi fabrik khas yang direka oleh pereka selebriti. Persoalannya sekarang bilakah kesemua pakej aksesori yang sedang dirancang ini bakal disajikan kepada pemilik Proton dan model apakah yang paling awal menerima pkaej tersebut? Kami tidak dapat mejawabnya buat masa ini dan hanya berharap ia akan diperkenalkan dalam masa yang terdekat. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply